Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Versi Goreng

 

Alhamdulillah, kita bersua lagi. Haa jangan lupa untuk kik iklan yang keluar di blog saya tau. Semoga kerjasama anda akan memberikan sedikit rezeki pada blog saya. Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah, sebagai ibu ibu dan wanita, jangan banyak sangat habiskan masa di dapur, kena perbanyakkan amal ibadah.

Jadi biasanya saya akan memasak masakan yang ringkas sahaja untuk berbuka puasa. Masakan yang tidak remeh tetapi hasilnya sedap di makan dan menjadi kegemaran keluarga. Kalau yang pelik pelik atau digemari oleh saya sahaja, saya beli jer di bazar Ramadhan. 

Sekarang adalah masa untuk kita membiasakan amalan amalan sunat supaya tiba di bulan Ramadhan kita telah terbiasa dengan rutin tersebut. Antaranya ialah solat sunat Dhuha, solat sunat Nawafil, qiamullail, berzikir dan mengaji. Kalau kita telah mengamalkannya, cuma perlu teruskan sahaja dan tambahkan lagi dengan solat seperti solat sunat tasbih. OK sekarang kita masuk pula bab resipi.


Saya memang suka memasak rendang kerana mudah. Kalau rasa tidak rajin, saya kisarkan semuanya. Sebelum ini saya kongsikan satu resipi ayam Resipi Nenek yang sangat sedap. Boleh klik di SINI.

Kali ini resipi hampir sama, cuma kali ini saya menggunakan serbuk ketumbar dan serbuk jintan. Kalau resipi Nenek, ketumbar biji ditumbuk sahaja. 

Sebagai blogger masakan, memang saya gemar bereksperimen dengan pelbagai resipi supaya memberi kepelbagaian rasa. Haa kali ini juga, saya gorengkan ayam seketika. Agak agak separuh masak atau 3/4 masak sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…


Rendang Ayam versi Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam Ayam
2-3 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk jintan putih
1-2 keping asam keping
Gula Melaka
1 kotak santan + air secukupnya
Daun kunyit
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa - opsyenal

Bahan kisar:
7-8 biji bawang merah 
7 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. 


Panaskan minyak menggoreng ayam. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan serbuk ketumbar dan jintan. 


Masukkan ayam dan kacau rata. 


Masukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan daun kunyit hiris.

Setelah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga kering yang disukai.



Catat Ulasan for "Rendang Ayam Versi Goreng"