Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap



Alhamdulillah hari ini saya diberi kelapangan untuk update blog dan kongsi resipi yang mudah untuk disediakan sebagai hidangan berbuka dan bersahur di bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. 

Sebelum itu jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Senario semasa sekarang agak menakutkan di mana pembohongan berleluasa di sana sini. Dari semua peringkat, atasan hingga bawahan. Hari ini cakap A, esok cakap B. 

Begitu juga netizen yang banyak menulis komen dengan bahasa yang menakutkan. Sumpah seranah dan maki hamun. Insya Allah saya berazam untuk tidak membaca posting berkenaan politik dan hiburan di bulan Ramadhan nanti. Takut pahala puasa kita di penghujung hari menjadi zero dan yang dapat hanya lapar dan dahaga. 

Jom kita pakat tengok hanya posting yang memberi manafaat seperti posting agama yang memberi pesanan, posting masakan yang membantu kita untuk mendapat idea untuk memasak. Kita kena kurangkan membaca benda benda yang tidak berfaedah supaya puasa kita lebih berkualiti. 

Kita kena berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan Ramadhan kainini yang terbaik dalam hidup kita. Kita tidak pasti kalau ianya Ramadhan terakhir kita. 

Betapa ramai yang meninggal sebelum sempat masuk ke bulan Ramadhan tahun ini. Bukan sahaja yang tua tapi yang muda juga boleh mati secara mengejut. Insya Allah, tanamkan niat dari sekarang. 


Saya suka jer memasak ayam masak kicap kerana pertama ianya mudah dan cepat disediakan. Keduanya kerana ia menjadi lauk kegemaran anak anak. Jadi inilah lauk yang bila rasa tak ada idea, kita masak kicaaaap. 

Hari ini saya masak kicap versi kuah kering kering. Jika suka berkuah, lebihkan lah air. Ayam juga digoreng sehingga masak. Ikut cara seorang influencer yang masukkan serbuk kunyit terus ke dalam minyak. Elok juga kejadian ayam goreng. Lebih rata warna dan rasa kunyitnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI Selamat mencuba…


Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen  

Bahan bahan:
Ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam

Bahan A:
Cili padi merah dan hijau
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia
1 kiub pati ayam

Bahan B:
Pes asam jawa + sedikit air 
2 sudu besar sos tiram
Serbuk perasa
Kicap pekat karamel
Kicap manis 
1 biji limau kasturi - air

Cara cara:
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan masukkan serbuk kunyit. Masukkan ayam dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.



Keluarkan minyak berlebihan, tumis bahan A di atas. Kacau rata. Masukkan sos tiram, air asam jawa, serbuk perasa dan kicap manis dan kicap pekat karamel. Masukkan sedikit air. 


Setelah kuah pekat, masukkan ayam. 


Akhir sekali, perah limau kasturi. Kacau rata dan boleh tutup api.





Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap"