Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Kepala Ikan



Kalau dulu nak tengok wanita yang cantik dan lawa lawa, tengok di Televisyen atau di majalah wanita. Tapi kini dengan adanya social media, semua orang menayangkan gambar cantik mereka di dalamnya. Kita pun boleh tengok ramai orang yang cantik lawa. Dengan socia media, siapa pun boleh jadi terkenal. Tak perlu nak tunggu tawaran TV atau majalah.

Semua orang pandai ber make up, jadi semua cantik. Dalam socia media banyak dikongsikan cara make up. Tapi macam saya ni, dari dulu sehingga sekarang macam dulu juga, make up simple ala ala kampung. Tak ada nak guna foundation tebal tebal. Rasa rimas, lagi lagi kalau nak ambil wudhu. 

Tidak dinafikan, make up yang betul boleh mengubah rupa dan wajah kita menjadi lebih cantik. Tiada lagi tona hitam yang tidak sekata. Tiada lagi nampak eye bag atau dark circle di bawah mata. Memang make up memainkan peranan untuk menutup cela dan mencantikkan wajah. 

Sekali sekala bila ada jemputan ke majlis perkahwinan sebelah malam, memang setiap kali nak bermake up, saya akan berdoa, Ya Allah kekalkan lah wudhu aku sehingga selesai menunaikan solat Maghrib. Ya lah, bayangkan kalau terbatal wudhu, tak adalah saya bawa barang make up untuk dipakai. Alamaknya pakai bedak dan lipstik sahaja lah selepas itu. 



Antara lauk yang saya suka masak dan suka makan ialah sup ikan merah. Tak kira lah kepala ikan atau isi ikan merah. Memang sedap. Masaknya pun sangat mudah dan cepat dan yang paling penting, rasanya pun sedap.

Saya belajar resipi ini berpuluh tahun dahulu ketika mengunjungi rumah rakan baik kami Dr Sabariah di Segamat. Saya ikut dia ke dapur dan melihat beliau memasak sup ikan. Masukkan lada hitam banyak banyak, lagi sedap. Tapi syaratnya mestilah menggunakan ikan segar. Jangan pula guna ikan lama, dah tak ada rasa manisnya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sup Kepala Ikan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kepala ikan
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasae
Kulit kayu manis dan bunga lawang
800 ml air
Garam
Daun sup
⅛ cawan minyak

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bubga lawang dan bawang putih, halia dan bawang merah sehingga keperangan.

Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan kepala ikan. Masukkan garam dan lada hitam.

Setelah ikan masak, tabur daun sup. Tutup api. Sebelum hidang, tabur bawang goreng.



Catat Ulasan for "Sup Kepala Ikan"