Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sotong Kering Cumi


Alhamdulillah saya bersiaran lagi. Terima kasih kerana setia untuk membaca coretan di blog saya walaupun zaman sekarang tidak ramai yang suka membaca. Ramai yang suka tengok gambar dengan sedikit caption dan tengok video sahaja. 

Saya pula masih old school selepas baca, saya akan copy resipi yang saya nak cuba. Tapi seperti biasa lah, lama lama resipi yang disalin juga hilang. Itu sebabnya saya masih merasakan buku resipi adalah yang terbaik untuk berkongsi resipi dengan anak anak dan cucu cucu. Betul tak? Sebelum itu, jangan lupa klik iklan di blog saya tau. Terima kasih atas sokongan anda semua. 

Sebelum ity, jom kita buat pengisian minda. sedikit dengan intipati dari kuliah zoom oleh Ustazah Dato Dr Fatma Elzahraa di facebook live berkenaan dengan Tafsir Surah Yassin yang mengandungi 83 ayat. Ustazah mulakan dengan satu contoh mudah kalau kita nak tahu samada kita dapat hidayah atau tidak. 

Bila kita membaca, mendengar ayat ayat Al Quran, kita akan faham, hayati dan akan follow apa yang diperintahkan dalam Al Quran. Inilah orang yang dapat hidayah. Dengan faham Al Quran, kita tahu bahawa ada hisab dan ada hidup lepas mati. Orang seperti ini akan menggunakan akal. Allah suruh tutup aurat, dia tutup aurat. Apa sahaja yang Allah suruh, semua dia akan ikut. Itu cara kita tahu kalau kita dapat hidayah atau tidak.

Tiada hadih sahih langsung berkenaan surah Yassin. Kecuali baca lah Yassin untuk orang yang sedang nazak bukan selepas orang telah meninggal. Ini adalah kerana surah Yassin, adalah dakwah. Kita kena bagi dakwah sampai akhir hayat seseorang. Masa dia sedang sakaratul maut dan faham maknanya, mungkin dia masih sempat bertaubat. Tapi kalau dia tak faham, tak guna juga. Kalau dah mati, tak dapat manafaat lagi dari Yassin. Orang hidup yang membacanya yang dapat manafaat dari Yassin. Jadi kesimpulannya, jangan berhenti dakwah sampai bila bila hatta sehingga ke akhir hayat seseorang.

Allah nak bagi semangat. Jangan putus asa. Ulamak yang bagi gelaran surah Yassin sebagai jantung Al Quran. Semua ilmu ada dalam surah ini seperti ilmu pertanian, ilmu falak, ilmu laut apa yang dalam laut, ilmu binatang, cipta binatang jadi milik kita. Ilmu ciptaan manusia, di mana manusia dicipta dari setitik air mani tapi sombong. Mana ilmu yang tiada dalam Yassin? Yang paling penting ialah ilmu kiamat, tiupan satu dua tiga sehingga kita bangun dari mati. Kiamat pula diceritakan dengan detail. Bukan Nabi yang kata surah Yassin jantung Al Quran tapi ulamak yang kata. Ulamak yang kata kalau ada hajat bacalah Yassin. Bukan dari Nabi. 

Yang penting adalah kita faham kandungan surah Yassin. Iaitu ada kehidupan selepas mati. Orang Quraisy dulu tak percaya ada hidup lepas mati. Untuk bagi semangat kepada Nabi berdakwah dan jangan putus asa.

Diceritakan kisah di sebuah kampung di mana 3 orang Rasul telah berdakwah tapi yang dapat hidayah hanya 1 orang sahaja. Seorang lelaki yang dilihat ‘biasa-biasa’ tetapi punya saham akhirat yang cukup luar biasa. Nama beliau tidak disebut dalam al-Quran. Para Mufassirin menggelarnya sebagai Habib An Najjar dek kerana rutin hariannya sebagai tukang kayu. Beliau adalah lelaki yang hidup pada zaman tiga orang Rasul dahulu kala. Apa yang mengagumkan, di saat kebanyakan umat pada waktu itu menentang dakwah dan ajaran Rasul, An Najjar bangkit mempertahankannya. Bergegas bertindak selaku pembantu Rasul dan berani mengisytiharkan keimanannya.

Akibat tindakan tersebut, An Najjar ditangkap dan dipukul teruk oleh kaumnya sehingga mati.  Jadi untuk. memberi semangat supaya jangan give up dalam berdakwah. 3 orang Rasul berdakwah, hanya seorang sahaja yang beriman dan menerima dakwah tersebut. OK setakat ini dahulu, Insya Allah kita akan sambung lagi di entri akan datang. 


Bila buka peti ais terjumpa pula satu pek sotong kering cumi. Jadi bersambal lah kita. Dulu saya pernah beli di Langkawi sotong kering cumi ni. Masih baru dan lebih sedap. Rendam pun tak perlu lama sangat. 

Lauk sambal sotong kering memang sedap. Saya lebih suka sotong kering samada sotong cumi atau sotong biasa berbanding dengan sotong biasa. Makan dengan nasi lemak, wallaa memang sedap dan sangat serasi gitu..

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.... 


Sambal Sotong Kering Cumi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket sotong kering cumi 
1 biji bawang besar - hiris 
4 sudu besar cili kering kisar 
1 sudu kecil pes asam jawa 
Gula Melaka
1 sudu besar gula 
Minyak masak
Garam secukupnya 

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci belacan - jika suka 

Cara cara:
Rendam dalam 10 - 15 minit sotong dengan soda bikarbanat untuk lembut dan buang masinnya. Toskan.


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. 

Masukkan cili kisar, masak sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang 4 atau 5 kali sehingga sambal benar benar masak. 

Setelah sambal betul betul masak dan terbit minyak, masukkan pes asam jawa dan gula. Kacau sebati dan masukkan sotong kering cumi, kacau sekejap. 


Masukkan bawang besar hiris. Rasakan dulu, jika kurang masin, baru tambahkan garam. Kacau rata dan tutup api.




Catat Ulasan for "Sambal Sotong Kering Cumi"