Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Spain - Madrid part 2

 

Alhamdulillah, saya bersiaran lagi, kali ini sambungan aktiviti kami di Madrid. Boleh baca entri sebelum ini di SINI. Selepas berkumpul di meet point berdekatan dengan ikon patung beruang, kami berjalan kaki balik ke bas untuk makan tengahari di Madrid Islamic Cultura Centre. Restoran terletak di tingkat bawah bangunan tersebut. 


Kami turun dengan lift. Selepas makan, kami kena naik tangga dari lobi untuk ke tempat ruang solat wanita. Di sini ada disediakan juga tempat wudhu dan tandas.  Dari ruang solat wanita, kita boleh melihat ruang solat lelaki di tingkat bawah. memang luas dan besar. 

Selepas solat, kami turun untuk bergambar di hadapan bangunan Islamic Cultura Centre sebagai kenang kenangan. Seperti biasa, semua sporting bila bergambar, jadi tiada masalah nak ajak mengajak. 



Kami kemudian naik bas dan diturunkan berdekatan dengan Santiago Bernabu Stadium. Tak semua turun. Mana yang nak tengok stadium jer turun. Ada pulak kerja kerja maintenance sedang dilakukan di kawasan berhadapan pintu masuk stadium, jadi tak berapa cantik untuk bergambar. Tapi dah alang alang ke sana, kami bergambar juga lah. 







Dari sini, kami kemudian di bawa untuk shopping ke La Rozas Outlet. Secara jujur, tak ada apa yang menarik pada saya. Butik butik seperti Dior pun tak ada di sini. Harga pun tidaklah murah mana. Lagi pun saya dah shopping masa ke La Valle Outlet Paris bersama anak anak bulan September lepas. 


Jadinya kami hanya berjalan jalan dan kemudian duduk di bangku sementara menunggu rakan lain shopping. Kami kemudian sepakat memutuskan untuk memendekkan masa di sini dan mencari taman atau tempat lain untuk bergambar. 



Pukul 6.30 petang, kami akan ke rumah anak saudara Dato Setia Salehuddin yang berkerja di Kedutaan Malaysia di Madrid untuk makan malam. Sementara menunggu waktu untuk ke sana, kami dibawa singgah di taman untuk bergambar. Tapi sebab dah agak gelap, jadi tak cantik sangat pun untuk bergambar. Lagi pula cuaca sangat sejuk dan saya pula tak memakai sweater.



Sampai di kondominium mereka, kami ternampak hidangan yang telah siap penuh di meja dengan lauk pauk Melayu yang mewah. Memang sedap seperti makan di tanahair kerana ianya dimasak sendiri oleh Mat dan isterinya. 

Siap ada ikan bakar dicicah sambal kicap, ada ayam masak lemak, daging masak hitam dan kerabu taugeh yang sangat sedap. Kami makan kekenyangan lah. Siap menambah nambah. 



Bukan sekadar memuji tapi serious sangat sedap. Terkagum seketika melihat orang muda boleh memasak dengan begitu sedap. Macam masakan mak mak. Mereka masak berdua jer, tak dibantu oleh sesiapa. 

Yang paling sedap ialah ikan bakar yang menggunakan ikan apa entah. Saya lupa kerana tak pernah dengar nama ikan ni. Rasanya tak ada ikan ni di tempat kita. Isi putih manis manis gitu.



Bukan sahaja hidangan lauk pauk tapi juga disediakan pelbagai hidangan sampingan seperti soto siap dengan begedil tau, ada juga mee kari, bubur kacang. Yang buah buahan dan kuih sebagai pencuci mulut tu, memang lah tak payah sebut. Wajiblah ada. Air pula selain dari sirap dan minuman sejuk lain, ada juga teh tarik. Wallaaa mahu tak kekenyangan macam ular sawa jadinya. Hahahaha. 


Selepas selesai makan malam, kami bersembang sembang sambil berpantun pantun dan siap berbalas balas teka teki lagi. Seperti biasa, ianya akan diketuai oleh Dr Abdol Aziz Sahat yang setiap teka teki yang diberi hanya akan dijawab oleh beliau sendiri. Hahaha bukan apa kerana kami memang semua gagal menjawab dengan tepat. 

Kemudian kami beralih ke meja sekali lagi untuk meraikan surprise birthday untuk Datin Setia Nursinah Adzmi. Selamat harijadi, semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki buat BFF cum besan saya yang seorang ini. Aamiin.




Selepas makan, kami turun untuk naik bas dan balik ke hotel. Hmm cuaca memang kesejukan. Alhamdulillah berakhir sudah aktiviti di Madrid yang padat dan penuh kenangan. Pada saya, percutian indah bukan sahaja tempat yang menarik dan indah tapi dengan siapa kita bercuti yang menjadikan percutian sangat indah dan manis. Betul tak?  

OK setakat ini dahulu, nantikan entri terakhir percutian kami di entri akan datang. Boleh klik di SINI. Salam sayang buat semua..... 


Catat Ulasan for "Percutian Spain - Madrid part 2 "