Masak Lemak Ketam Dengan Nenas
Assalamualaikum semua. Haa kalau singgah di blog saya, jangan lupa untuk klik iklan. Insya Allah iklan di blog saya ada selamat kerana ianya adalah dari google adsense. Klik jer yang mana mana anda nampak. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah sahaja membalas niat baik anda.
Semalam semasa dalam perjalanan pulang dari Kuantan, terdengar rancangan tazkirah petang dengan ustaz berkenaan solat Tahajjud dan kelebihannya. Untung orang sekarang kerana banyak betul pesanan dan tazkirah yang boleh dimanafaatkan berbanding zaman saya dulu. Kalau nak belajar agama, saya kena beli buku buku agama. Sekarang sangat banyak di media media social juga di TV dan radio.
Surah al Israk ayat 79-80 tahajjud boleh mengangkat darjat. Bangun lah sebahagian dari satu pertiga malam dan kerjakan solat semoga Allah letak kamu di tempat terpuji. Ada apa dengan tahajjud.
Ayat 79-80 ganjaran yang suka bertahajjud. Ada 4 kelebihan yang Allah janjikan iaitu:
1. Angkat darjat. Seronok tak. Naik pangkat pun dah rasa seronok. Apalagi naik darjat. Maknanya segala urusan dipermudahkan, orang suka berkawan dengan kita, orang suka gerak kerja kita. Caranya ialah dengan solat tahajjud.
2. Dipermudahkan urusan. Dalam hidup ini, kita ada banyak urusan samada dengan anak, kerja dll. Nak pernudahkan, buat solat tahajjud. Anak kita ada exam, buat tahajjud. Apa apa urusan pun dipermudahkan urusan pada hari tersebut.
3. Diberikan jalan keluar bagi setiap masalah yang kita hadapi. Bagaimana nak dapat ilham jalan keluar? Bangun solat tahajjud.
4. Dijauhkan dari bala. Sebab hari ni kita bawa kereta, tapi dalam kita hati hati orang langgar kita dari belakang. Untuk dijauhkan bala, kita solat tahajjud.
Insya Allah 4 kelebihan bila sering buat solat sunat Tahajjud. Ada seorang pemuda bertanya pada Hassan Basri, wahai imam aku banyak maksiat yang aku lakukan tapi aku pelik kerana Allah tak hukum aku seolah Allah redha dengan kejahatan aku. Iman Hassan Basri tanya pula, hari ni kamu senang tak untuk bangun solat tahajjud.
Jawab pemuda tersebut, aku susah nak bangun. Kata Iman Hassan Basri, Itu lah seberat berat hukuman yang Allah jatuhkan pada kamu. Susah bangun adalah satu bentuk hukuman dari Allah. Jangan kedekut, bila bangun, kejutkan anak isteri untuk hidupkan malam.
Qiyam makna menghidupkan malam dengan solat tahajjud. Zikir dan selawat pun boleh dikira sebagai menghidupkan malam. Manakala solat Tahajjud pula kena tidur sebentar. Semoaga bermanafaat.
Entah kenapa kalau ketam berganding dengan nenas, memang sangat serasi. Rasa pedas, masam manis memang sangat kena, lagi lagi bila kuah digaul dengan nasi putih panas panas.
Cuma saya kurang suka makan ketam kerana malas nak mengerjakannya. Lagi pulak saya allergi dengan semua makanan laut yang bercengkerang. Jadi kalau masak ni, saya hanya makan nenas dan kuah sahaja. Yang lain, untuk anak anak.
Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Masak Lemak Ketam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
5 ekor ketam
500 gram santan segar
2 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris
5-6 tangkai cili api - hiasan
1 biji buah tomato - belah 4
½ biji nenas
Bahan kisar:
6 tangkai cili padi
1-2 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara cara:
Masak bahan kisar dan serai dengan sedikit air sedikit hampir masak. Masukkan nenas dan kacau rata.
Masukkan ketam. Kacau rata. Masukkan santan cair dan asam keping. kacau rata.
Setelah ketam masak, masukkan santan pekat. Setelah mendidih, masukkan buah tomato, garam dan daun kunyit. Kacau rata dan tutup api.
Jika suka, boleh tabur cili padi hijau untuk hiasan.
Catat Ulasan for "Masak Lemak Ketam Dengan Nenas"
Add your comment