Masak Lemak Ketam Dengan Nenas
Assalamualaikum semua, apa khabar. Entri pertama masakan untuk blog Azie Kitchen di dalam tahun 2024. Jangan lupa klik iklan yang keluar di bahagian atas blog tau. Blog ni bukan macam youtube, bila masuk jer youtube channel, youtuber akan dapat duit dari iklan tapi blog, walaupun beribu yang masuk sehari kalau tak ada yang klik iklan, tak ada income untuk blogger. Ramai yang tak tahu, mereka fikir bila mereka masuk jer blog saya, saya akan menerima bayaran dari pengiklan.
Saya ada terbaca satu artikel tentang ramai pasangan berpura pura bahagia. Kenapa ini berlaku? Pertamanya mereka terutama isteri berkorban demi anak anak. Tidak mahu anak mengalami masalah hidup dalam broken family. Kebiasaaan yang berlaku, anak ini akan kurang kasih sayang terutama bila ibu ayah berkahwin lain dan menpunyai anak lain.
Kedua kerana malas nak bergaduh gaduh, apa lagi nak bawa ke pejabat agama atau turun naik mahkamah. Tidak ramai wanita seperti Puteri Sarah Liyana dan Diana Danielle. Bukan kerana tiada duit. Wanita seperti ini lah yang akan dijadikan patung permainan oleh si suami yang tak bertanggungjawab.
Saya tahu ada suami tidak menyentuh isteri selama bertahun tahun walaupun suami masih muda tidak mengalami masalah mati pucuk. Siap suami tidur di luar bilik lagi. Suami boleh tidak kisah bila isteri merajuk dan berpindah dengan anak anak. Dibiarkan sahaja tanpa nafkah zahir dan batin.
Ada juga suami yang dah mati pucuk dengan isteri tapi masih gelenyar dengan perempuan lain. Siap posing berduaan tepi sawah lagi macam couple couple. Pergi majlis kawin dengan perempuan lain dengan helah licik pada isteri. Tak tahu lah betul mati pucuk atau buat buat sahaja. Sebab dia pernah menipu isterinya dengan tidak menyentuh beberapa lama konon dia ada "masalah" tapi rupanya masa tu sedang mengulit bini nombor dua yang kawin di Siam secara senyap senyap.
Ada juga kes suami suka main dengan isteri orang lain tanpa ada rasa takut berdosa walaupun umur dah tua. Kalau orang tengok dia, nampak baik jer macam pijak semut pun tak mati. Maaf kalau saya katakan, dalam banyak hal saya menyalahkan si suami dalam kes perkahwinan tidak bahagia.
Mereka yang tidak tahu menguruskan rumahtangga. Tidak tahu solat dan mengaji, macam mana mahu jadi imam dalam solat dan dalam keluarga. Bacaan surah Al fatihah pun tak betul. Suami seperti ini hanya Allah sahaja yang boleh mengajar dan membalas mereka atas penganiayaan mental pada isteri di dunia.
Jadi perempuan yang ingin bersuami, carilah yang ada ilmu agama walaupun ada juga lelaki beragama yang membuat onar dan berperangai luar tabie tapi majoritinya mereka akan mampu mendidik keluarga ke jalan Allah. Berpautlah di dahan yang kukuh supaya bahagia di dunia dan akhirat. Sekarang kita masuk pula bab resipi masakan.
Selain belimbing buloh, sedap juga menggunakan nenas dalam masak lemak dengan makanan berasaskan seafood seperti ketam, udang, ikan dsb. Benda yang masam masam lah kiranya. Ia membantu menjadikan masak lemak kita lebih sedap.
Kalau kurang terasa masam, boleh tambahkan asam keping. Itu semua kena rasa dan masukkan apa yang patut. Saya suka nenas yang manis. Jika kurang manis, saya masukkan sedikit gula. Kalau tak suka, tak perlu masuk. Semua ikut citarasa masing masing.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Masak Lemak Ketam Dengan Nenas
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 ekor ketam - saiz besar
1 kotak santan kotak
½ biji nenas
Garam
½ sudu kecil gula - opsyenal
1 keping asam keping - jika perlu
½ sudu kecil serbuk kunyit - opsyenal
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
¼ cawan minyak masak
Bahan tumbuk kasar:
20 tangkai cili padi - ikut pedas disuka
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, serai dengan daun kunyit sehingga naik bau.
Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata.
Setelah mendidih, masukkan nenas dan kacau rata. Masukkan ketam, garam dan gula.
Setelah ketam masak, sesuaikan rasa. Nota: Jika nenas belum cukup masam, masukkan asam keping. Bolehlah ditutup api.
Catat Ulasan for "Masak Lemak Ketam Dengan Nenas"
Add your comment