Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Daging Dengan Periuk Noxxa



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Haa sebelum itu, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya ya. Terima kasih atas kerjasama anda. Wah sekejap jer dah hampir separuh bulan Januari telah kita lalui dalam tahun 2024. Cepatnya masa berlalu. Tanpa kita sedar usia kita meningkat dan masa kita pun menjadi lebih pendek.

Insya Allah saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom dari Al Fadhil Ustaz Dr. Ashraf Suarin berkenaan Hadis Sahih terbukti Masa Kini. Dalam hadis daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan asing dan kelak ia akan kembali asing sebagaimana dahulu ia bermula dalam keadaan asing. - [HR Muslim 208].

Islam dianggap asing dan pelik kembali. Bahkan dalam kaum muslimin itu sendiri. Nak solat dianggap pelik. Ini yang berlaku sekarang. Suatu ketika dulu ramai orang beramai ramai memeluk Islam di Madinah.Umat Islam di seluruh dunia seramai 1.8b dari seluruh penduduk seramai 6.9b. 

Di akhir zaman umat Islam terlalu ramai tapi tak ada kekuatan umpama buih di lautan walaupun banyak tapi akan hancur bila didatangi ombak.Hebatnya Islam dulu yang memonopoli ilmu dan ekonomi sehingga diciplak oleh orang bukan Islam dan kenudian mengakui sebagai ilmu mereka. 

Sejarah menunjukkan Islam yang bawa ilmu kepandaian dan teknologi yang hebat. Semua tercatat dalam Al Quran apa yang telah berlaku dan akan berlaku.  Hadis lain riwayat Muslim di mana Nabi bersabda Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali berada dalam keadaan asing. Maka beruntunglah mereka yang tetap mengekalkan hidup dalam keadaan asing.

Asing itu adalah bukan fizikal tetapi iaitu teguh mengawal akidah dan giat melaksanakan syariat Islam. Itu maksud terasing. Kelihatan asing di mata manusia dengan mereka yang menghiasi nilai Al Quran, dianggap aneh di mata manusia. Di label sebagai manusia kuno. Mereka yang cuba menghidupkan syiar Islam, akan disingkir dari masyarakat.

Surah Al An’am ayat 162 Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Hidup kita adalah untuk Islam. Memuliakan Allah dan mengasihi sesama makhluk. Meletak pengabadian pada Allah. Meletak taqwa dalam dirinya. Dia lah muslim sejati. Dalam era terkini, bukan suatu perkara yang mudah dan ianya menuntut kesabaran. Nak berpegang teguh dengan sunnah dan Al Quran, bakal hadapi kesulitan.

Zaman nabi, mereka yang ingin memeluk Islam, akan disiksa oleh kafir quraisy. Sekarang kita belum diuji. Orang berjuang dengan Islam akan dituduh radikal dan pengganas. “Akan datang satu zaman, mereka yang bersabar (dalam berpegang kepada Agama) adalah seumpama mereka yang menggenggam bara api.” Islam bermula sebagai asing (sesuatu yang dianggap asing dan ganjil). Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. OK setakat ini dahulu, semoga. bermanafaat.


Kalau memasak daging, tulang atau ayam tua, saya memang suka menggunakan periuk tekanan Noxxa. Jimat masa, jimat tenaga juga. Daging akan lembut dan boleh dimakan. Kalau masak atas dapur, nanti akan kedengaran suara anak anak, daging ni keras lah Mama. Walaupun saya dah masak lama dan rasa macam dah lembut. 

Periuk tekanan adalah salah satu dari peralatan dapur yang wajib ada di setiap rumah. Tak kira lah brand apa tapi Noxxa yang paling famous. Jadi bila kita guna ni, senang juga nak bertanya tanya kalau menpunyai masalah atau ingin menggunakan bagi memasak satu satu masakan yang bukan masakan harian seperti nasi dagang, pulut kuning, nasi impit dsb. 

Hahaha saya tidak berkempen untuk jenama ini tau. Sekadar berkongsi pengalaman. Sebelum ini, saya guna brand lain tapi cara menggunakannya tidak semudah Noxxa. Jadi saya tak guna dah brand lain. Periuk Noxxa ni kita boleh ada lebih dari satu terutama kalau nak memasak masa raya atau untuk orang berniaga. Saya ada satu sahaja, cuma saya beli periuk inner tu satu lagi.  

Saya suka kalau masak kari dengan periuk Noxxa ini kerana kuahnya akan lebih cantik terbit minyak. Lagi lagi kalau kita guna santan kotak yang memang susah nak terbit minyak kan. Melainkan kita meletak minyak banyak masa menumis. Kalau saya, tak letak minyak banyak pun.

Alhamdulillah cucu saya Aliya Hajar yang demam, makan dengan berselera sekali kari daging dan sedikit isi daging ini. Mula mula dia tak mahu makan bila bibik nak menyuapnya, bila saya yang suap barulah dia hendak makan. 
 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Kari Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram daging
1 kotak santan kotak
1 sudu besar kerisik
Gula Melaka
Gula
Garam
Pes asam jawa secukupnya

Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
2 buah pelaga
3 bunga lawang
1 helai daun kari
3 sudu besar serbuk kari daging

Cara cara:
Menggunakan setting stir fry, panaskan minyak dan tumis bahan tumis (kecuali serbuk kari) dan bahan hiris sehingga naik bau dan bawang keperangan. 

Masukkan serbuk kari dan kacau rata dengan cepat. Nota: jangan sampai hangus. Masukkan air dan kacau rata. Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan daging dan kacau rata seketika. Masukkan sedikit air kerana daging akan juga mengeluarkan air. Tutup setting stir fry. 


Tutup periuk Noxxa dengan tombol ke arah pressure. Tekan setting Meat dan pilih masa yang disukai (antara 30-40 minit, ikut jenis daging). Saya set pada 37 minit. Biarkan sehingga masa cukup. 

Buka tutup periuk dan tukar pada setting stir fry semula. Masukkan santan, garam, gula Melaka, gula dan pes asam jawa. Biarkan sehingga mendidih dan terbit minyak.


Akhir sekali, masukkan kerisik. Setelah terbit minyak, boleh tutup api. Sedia untuk dinikmati. 

Nota:
Jika suka kari yang pedas dan sedikit berwarna kemerahan, boleh letakkan sedikit cili kisar atau serbuk cili. Saya tak letak kerana cucu saya tak boleh makan pedas.



Catat Ulasan for "Kari Daging Dengan Periuk Noxxa "