Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Butter Chicken Kegemaran Anak Anak



Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi kegemaran anak anak saya. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Sebelum itu saya nak kongsikan petikan dari kuliah tafsir surah Yassin oleh Ustazah Dato Dr Fatma Elzahraa di mana para ulamak menggelarkan surah ini sebagai jantung Al Quran kerana banyaknya ilmu alam di dalamnya. Bukan Nabi SAW yang mengelarkannya tetapi para ulamak. 

Semua ilmu ada dalam surah ini ilmu pertanian, ilmu falak, ilmu laut apa yang dalam laut, ilmu binatang, cipta binatang jadi milik kita. Ilmu ciptaan manusia, dicipta dari setitik air mani tapi sombong. Mana ilmu yang tiada dalam Yassin. Yang paling penting ialah ilmu kiamat, tiupan satu dua tiga sehingga kita bangun dari mati. Kiamat pula diceritakan dengan detail.

Kita kena guna akal untuk melihat kebesaran ciptaan Allah. Diciptakan 7 lapisan langit dengan setiap satu lapis langit ke langit berikut mengambil masa 500 tahun perjalanan. Tak kan tak boleh cipta manusia balik selepas mati, kalau boleh cipta langit kerana Allah yang Maha Pencipta dan Maha Mengetahui segalanya. 

Para Ulul albab bangun tahajjud. Tengok langit dan bumi, tafakkur segalanya dicipta bukan for fun tapi untuk kita hidup di dalamnya. Tengok kita sekarang, bulan Januari dah nak habis, akan masuk bulan Februari, kemudian masuk Ramadhan pulak. Mesti tafakkur. 

Tengok matahari, siapa yang cipta dan ke mana pergi. Matahari satu masa akan tak ada di seluruh dunia. Satu alam akan menjadi gelap. Ke mana pergi matahari tu. Jawabnya matahari pergi sujud bawah arasy. Kalau matahari tak keluar, tanda hari kiamat. Kerana itu Allah minta kita tafakkur.  

Tuhan boleh buat apa sahaja dengan kunfayakun. Penyakit bahaya yang tak ada harapan sembuh, kalau Allah kata hilang penyakit tu, boleh. Kalau kaya Aku nak jadikan bankrup, pun boleh. Kena tahu sifat Allah. 

Pokok tak pernah berbuah, akan berbuah bila Allah kata berbuah. Orang buta akan boleh nampak. Dengan kunfayakun, anak tak baik jadi baik. Itu sebab ulamak  meminta kita membaca surah ini bila kita menpunyai hajat. Ok setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Butter chicken atau udang atau ketam adalah antara lauk pauk kegemaran anak anak. Rasanya kegemaran semua anak anak muda kot zaman sekarang kot. Kalau menggunakan makanan laut memang lagi sedap, kerana rasanya yang manis. 

Resipi kali ini saya buat kelainan sedikit di mana saya tidak menggunakan bawang putih. Tapi kata Mia, macam rasanya tak ada beza sangat guna bawang putih atau tidak. 

Kalau lauk macam ni, saya suka makan mantao atau roti dicicah cicah dengan kuahnya. Hmm sedap dan saya suka rasanya yang lemak masin dan manis. Kalau beli di kedai, memang mahal lah lauk macam ini. Jadi lebih berbaloi disediakan sendiri. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Butter Chicken
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
200 gram isi ayam 
Tepung jagung secukuopnya

Bahan B:
2-3 biji cili Padi - ketuk dan hiris
2 tangkai daun kari
Mentega planta
1 tin susu cair 

Bahan perasa:
¼ sudu kecil serbuk kari
3 sudu kecil gula
½ sudu kecil aji
¼ sudu kecil garam

Cara cara:
Celup ayam dalam tepung. Bila minyak panas, masukkan satu persatu. Goreng sehingga keemasan.




Dalam kuali lain, masukkan mentega. Masukkan cili padi dan daun kari. Tumis sehingga wangi.

Masukkan susu cair. Perlahankan api. Masukkan semua bahan perasa. 


Biarkan mendidih dan masak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata. sedia dihidangkan.






Catat Ulasan for "Butter Chicken Kegemaran Anak Anak"