Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Cendawan Dengan Ayam



Sejak Aliya dah pandai makan nasi dengan lauk biasa yang kita makan, saya hanya memasak lauk pauk dan sup yang tidak pedas untuk kami supaya dia juga boleh makan. 

Kalau masak kari pun, saya akan masak kari yang tidak pedas. Saya tak masukkan cili kering kisar atau serbuk cili. Setengah kari warnanya kuning pucat yang perlu ditambah dengan serbuk cili untuk mencantikkan warna kuah kari. 


Dia boleh makan semua kecuali lauk atau makanan yang rasa ada kesan angin seperti pulut, saya tak bagi lah. 

Saya memasak sup ni dengan memasukkan pelbagai sayuran seperti kentang, karot dan juga pelbagai lauk seperti udang, ayam dan fish ball supaya dia mendapat pebagai khasiat dan vitamin dalam makanan dia. 

Sup cendawan ni bukan sahaja budak budak suka, kita orang tua pun suka makan. Isi cendawan ada rasa ala ala daging ayam pulak. Sedap kan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sup Cendawan Dengan Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek cendawan
Sedikit isi ayam
7-8 biji fish ball - belah 2
½ batang karot
Daun sup
Bawang goreng
Garam
½ kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah

Bahan tumis
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 biji cili padi

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan sedikit keperangan. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga separuh masak. Masukkan fish ball dan kacau rata.

Masukkan air secukupnya. Setelah mendidih, masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk lada sulah.

Masukkan cendawan dan daun sup. Kacau rata dsn tutup api. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.



Catat Ulasan for "Sup Cendawan Dengan Ayam "