Masak Lemak Cili Padi Telur Ikan
Allah ceritakan tentang ahli neraka dulu sebelum ahli syurga. Suasana gambaran ahli neraka. Bagaimana wajah mereka. Kenapa mula dengan neraka dulu? Supaya menimbul rasa takut pada manusia. Supaya persiapkan diri dengan amal soleh. Beriman. Bersiap sedia dan dapat perbaiki kekurangan tersebut sebelum bertemu Allah.
Allah sebut wajah wajah mereka yang tidak beriman pada hari itu, akan merasa dalam keadaan hina tunduk. Kenapa pada wajah? Tanda orang bersalah ialah dapat dilihat pada wajah. Betapa dasyat ketika berhadapan dengan Allah. Wajah akan rasa hina. Di muka bumi tak bersiap sedia.
Mereka akan diberi minum dengan panas api neraka. Api dunia hanya 1 juzuk dari 70x ganda api neraka. Bayangkan api dunia, panas. Dapat air sejuk kita akan rasa syukur. Begitu lah yang berlaku pada ahli neraka. Bila panas, kita harapkan air yang dapat hilangkan kepanasan tersebut, tapi dicurah air dari mata air yang menggelegak panas. Hancur seluruh isi badan. Minta lagi air minuman. Banyak jenis air dalam neraka. Air dari nanah dari mereka yang dibakar. Itu lah minuman mereka. Air peluh jadi minuman mereka. Kenapa minuman dulu tidak makanan. Minuman suatu yang paling diharap bila berada dalam keadaan panas.
Mereka juga dalam keadaan lapar. Tiada makanan melainkan dari makanan buah berduri yang dimakan unta. Dalam keadaan lembab, unta makan. Kering akan jadi beracun, jadi unta akan mati. Mereka minta makan, Allah beri makan tapi Allah hina mereka dengan buah berduri.
Nikmat diperolehi ahli syurga. Anggota dan jasad supaya dapat lihat dan bersiap sedia dengan buat amal soleh. Allah sebut wajah wajah ahli syurga pada hari tersebut berseri seri gembira melihat nikmat yang Allah sediakan. Buah tak terputus. Makin petik makin banyak tumbuh. Duduk di singgahsana tepi sungai katil dari permata lantai dari mutiara. Suasana tenang. Allah beritahu wajah bercahaya berseri.
Bagi usaha di dunia, Allah berikan balasan ganjaran setimpal. Mereka redha dan puashati. Wanita di syurga akan dijadi ketua seluruh bidadari yang jadi pasangan suaminya. Antara kata kata wanita kekal tak akan mati. Mereka redha setiap yang diberi. Allah bagi syurga yang tinggi. Syurga berada dalam tingkatan menaik ke atas. Jadi berdoa banyak banyak agar kita diberikan syurga firdaus yang paling tinggi tingkatannya.
Ahli syurga tidak akan mendengar dalam syurga perkara laghaa dan sia sia. Saham apa dibuat di dunia dapat di akhirat. Dalam syurga ada air mata air yang dalam keadaan mengalir. Tidak sama dengan air mata air di dunia. Setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab masakan.
Catat Ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Telur Ikan"
Add your comment