Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Masak Kicap Sedap



Sekarang semua barang naik harga, banyak barang yang dulu murah atau barang keperluan, dah jadi mahal. Contohnya beras lah. Dulu orang makan beras biasa jer. Sekarang banyak beras premium, jadi nak tak nak kena bayar lebih. Beras yang saya beli sejak dulu pun dah naik harga. Terpaksa juga beli. 

Hari ini saya ke kedai runcit, cari gula. 4 kedai cari gula semua habis gula pasir biasa. Yang ada gula pasir premium. Habis kalau di rumah dah tak ada gula, terpaksa juga beli. Beli beberapa barang jer, dah kena hampir RM100. Itu belum beli sayuran dsb. 

Teringat masa pergi London baru ini, harga barang sama sahaja dari beberapa tahun dulu. Beli ayam, daging atau buah buahan, harga masih macam dulu. Kalau naik pun, mungkin negligible kerana saya tak rasa perbezaan. 

Negara kita ni banyak sangat toksik, top to the bottom toksik. Budak kampung yang hidup susah pun pandai nak merompak, pandai nak membuli. Yang atas pula, mata semua duit. Hidup semua duit. 


Saya sebenarnya jarang beli sotong kerana sotong ini dikira antara makanan laut yang mahal. Hahaha mana sotong yang dibela kan, mana ada sotong sungai. Jadi setiap kali beli sotong, mesti masak sambal tumis sebab rasa sayang nak masak lauk lain.

Sekali sekala jer saya ubah seperti hari ini saya menyediakan sotong masak kicap. Haa kicap kan kesukaan anak anak kecil, jadi bila digandingkan dengan sotong menjadi sangat sedap. Tapi seperti biasalah memasak sotong ni, ada caranya jika tidak, masakan kita akan jadi berair atau sotong menjadi liat. Nak sedap, kena tahu cara caranya. Hahaha tengok blog Azie Kitchen lah.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sotong Masak Kicap Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram sotong - potong kecil
Lada benggala - jika suka
1 biji bawang Holland - hiris
1 biji cili merah - hiris
½ kiub pati ayam

Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 biji cili padi - ikut pedas disukai
1 inci halia

Bahan lain - oosyenal:
2-3 batang serai - ketuk
1-2 batang kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan sos:
1-2 sudu besar sos karamel
1 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar kicap masin

Cara cara:
Masukkan sotong ke dalam kuali tanpa minyak. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos.


Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai, kayu manis dan daun kari sehingga sedikit garing.


Masukkan sos karamel masakan, semua kicap dan kiub pati ayam. Kacau sehingga mendidih.

Masukkan sotong dan kacau rata supaya sotong sebati dengan sos kicap.

Masukkan lada benggala, jika suka. Taburkan bawang Holland dan cili merah sebagai hiasan. Tutup api.




Catat Ulasan for "Sotong Masak Kicap Sedap"