Sambal Paru Hijau kering Yang Mudah Dan Sangat Sedap
Saya tak pasti dengan orang lain tapi saya setiap kali mendapat pembantu rumah mesti yang datang dengan zero. Bukan sahaja zero knowledge bab kerja rumah tapi juga datang dengan masalah komunikasi. Masa dulu, saya bekerja jadi pagi saya keluar bekerja dan balik petang. Komunikasi dengan mereka kurang.
Tapi sekarang bila dah bersara, hari hari kena hadap mereka. Walaupun ada pembantu rumah tapi saya tetap menjaga dan bermain dengan cucu saya, saya memasak sendiri dan saya membasuh bilik air saya sendiri. Kadang kadang bilik air anak anak pun saya yang akan membasuh kerana jika dibiarkan, pasti tidak bersih.
Dapat pula yang jenis melawan, kita cakap jer bukan main tinggi suaranya menjawab, membuatkan saya jadi naik darah jer. Yang pastinya kalau hilang apa apa, atau ada yang tak jumpa cari, saya lah pulak yang akan disalahkan. Semua salah saya. Memang kena banyak bersabar betul.
Saya hari ini ingin kongsikan resipi sambal paru hijau kering. Anak anak saya kecuali Nana dan Alain, sangat suka makan paru sambal. Kali ini Nelly order paru sebanyak 2 kilo. Jadi puas hati dapat makan puas puas. Maklum kalau beli memang mahal sambal paru atau sambal paru berlado ini.
Kali ini saya menggunakan cili hijau dan cili padi hijau untuk memberikan warna hijau pada sambal paru. Sebenarnya kalau tak ada, boleh juga guna cili merah, rasanya sama cuma warnanya merah dan rasanya lebih pedas berbanding cili hijau.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Sambal Paru Hijau Kering
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Kisar:
7 biji cili hijau
1 biji cili merah merah
1-2 genggam cili padi
1 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
Bahan lain:
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 - 1 ½ sudu besar gula
½ sudu kecil garam
Serbuk perasa Aji
Sedikit sos ikan
Bahan hiasan:
1 biji bawang besar Holland - potong wedges
Cili merah dan cili hijau - hiris
Cara cara:
Rebus paru bersama halia dan garam sehingga empuk. Nota: saya guna periuk Noxxa selama 30 minit. Angkat dan sejukkan. Hiris nipis. Lumurkan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng garing. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak.
Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula. Masukkan bawang hiris dan sos ikan. Kacau rata. Masukkan paru goreng. Kacau rata. Tutup api.
Catat Ulasan for "Sambal Paru Hijau kering Yang Mudah Dan Sangat Sedap"
Add your comment