Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Paris - Sightseeing Part 3



Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung catatan percutian keluarga saya di mana hari ini kami melakukan sightseeing di sekitar bandar Paris pada 13 September 2023. Boleh klik entri sebelum ini di SINI


Seperti biasa sebelum keluar, kami akan bersarapan dulu. Untuk sarapan, saya menyediakan nasi lemak, nasi goreng, ayam goreng dan rendang ayam. Bila perut kenyang, barulah seronok nak berjalan jalan.


Destinasi pertama kami ialah Eiffel Tower. Ada banyak spot yang kita boleh pilih untuk pemandangan Eifel Tower. Kami turun di Trocadero untuk bergambar dengan pemandangan berlatar belakangkan Eiffel Tower. Di sini seperti biasa orang ramai dan peniaga jalanan juga ramai. Jadi kena berhati hati supaya tidak terkena tipu atau kena pick pocket.


Selepas bergambar, kami berjalan menuruni tangga untuk ke bawah. Sampai di bawah, kami call Manu. Tak jadi untuk berjalan ke bawah Eiffel Tower. Rasa macam susah dengan stroller yang banyak untuk berjalan ke sana. Lagi pulak, orang ramai. Risau kerana di sana memang banyak kes pick pocket. 




Kemudian kami naik kereta untuk ke Lourve Museum. Oleh kerana susah untuk parking, Manu menurunkan kami di hotel berdekatan dan kami berjalan masuk. Ramai orang berjalan kaki juga untuk ke sana mungkin kerana susah untuk mendapat parking yang berdekatan. 


Selepas selesai bergambar, kami berjalan balik ke kereta. Kami kemudian ke Arc De Tromphe untuk bergambar di sana. Tak berani nak bergambar tengah jalan macam selalu. Hahaha susah dengan stroller yang banyak ni.  Kemudian berjalan ke butik LV di Champ Elysee kerana Juita ingin membeli handbag. 



Dari LV, kami menyusuri jalan untuk ke butik Long Champ. Hubby dan aween singgah minum di cafe depan butik. Bertemu dengan Sabrina Boliviar, rakyat Malaysia yang memang kebetulan ada di butik Longchamp. Sabrina memang ada keluarga di sini, suaminya ada membawa rakyat Malaysia yang ingin berjalan jalan di Paris. Boleh contact Sabrina di 0179885163



Kemudian berjalan untuk makan tengahari di Restoran Hadrawmaut dengan nasi mandy kambing. Sedap dan portion juga sangat besar. Harga Euro20 lebih. Belakang restoran pun ada toilet yang agak bersih dan selesa. 


Sebenarnya dah lama tahu berkenaan restoran ini cuma tak pernah tahu kedudukan sebenar. Bila cari tak jumpa, kira makan tempat lain sahaja. Bila jumpa. Sabrina, baru mudah untuk kami ke sini. Dekat sangat jer dengan butik LV. Seberang jalan jer. 


Kami bungkus juga nasi mandy tapi tak ada rezeki kerana tertinggal dalam kereta Manu. Sampai sekarang teringat keenakannya yang tak sama dengan nasi mandy di tempat kita. 



Kemudian berjalan keluar dari restoran dan bertemu dengan Manu di tepi LV. Manu menghantar kami ke butik Polene kerana saya mahu membeli handbag untuk saya sendiri. Nelly pun nak cari parfum. Hajat hati nak balik sendiri dengan uber. Tapi oleh kerana Manu masih ada di kawasan berdekatan, dia datang jemput kami untuk balik bersama sama. 


Sampai apartment, saya terus ke dapur. Saya goreng baki ayam untuk dimakan dengan nasi dan sambal. Kalau ayam, mesti habis kerana di sini susah untuk mencari ayam segar yang halal. 


Selepas makan, mula mengemas barang barang kerana pukul 4.30 pagi kami akan bertolak ke airport. Manakala Juita dan aween, boy dan mia akan check out pagi esok kerana flight mereka sebelah malam. 


Seperti biasa walaupun dah bawa 2 bag luggage extra untuk diguna masa balik, masih bag tak muat. Ada banyak barang terutama kotak kotak handbag yang terpaksa ditinggalkan. 




Catat Ulasan for "Percutian Paris - Sightseeing Part 3"