Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Paris - La Valle Outlet Part 1



Alhamdulillah saya telah pun kembali dari bercuti di Morocco dan Spain selama 2 minggu. Jadi Insya Allah, saya akan menyambung semula catatan percutian keluarga kami. Kali ini kami berada di Paris pula. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari pertama di Paris, kami ke Paris La Valle Outlet. 




Saya bangun pagi untuk masak nasi lemak dan nasi goreng sebagai sarapan. Saya juga menyediakan sambal tumis udang bila kebetulan terjumpa udang di Mark and Spencers di St Pancrass. Cuaca di Paris juga agak panas. Tidak seperti kebiasaan yang kami ke sini. 



Kami mengambil Manu untuk drive kami sepanjang di Paris kerana memikirkan agak susah untuk ke sana sini dengan cucu cucu yang masih kecil. Lagi juga sangat merbahaya kerana kita boleh jadi sasaran pick pocket di Paris. Bayaran yang dikenakan agak mahal kerana kami tidak sempat mencari driver dari awal. Jika ada yang berminat untuk dapatkan transport dan tour guide masa di Paris, boleh contact Sabrina Bolivar di 0179885163.



Ini adalah kali pertama kami ke La Vallee Outlet. Banyak kali nak ke sini sebelum ini tapi asyik tak kesampian. Kali pertama tahun 2010 tapi masa tu pulak, terdapat mogok oleh kakitangan train. Kemudian ketika kami drive sendiri tahun 2019 dalam perjalanan ke Switzerland, kami lalui La Vallee tapi sebab kami dah kesuntukan masa, kami tak singgah pun. 


Perjalanan dari Paris ke sini mengambil masa 1 jam. Kami sampai agak awal ketika itu belum ramai orang. Setelah masuk ke butik butik, kami ke mall terletak bersebelahan. Singgah minum sebelum masuk semula ke outlet untuk shopping. 


Kami balik pukul 4 petang. Secara jujur saya rasa Bicester Village lagi banyak butik dan lebih menarik. Pendek kata, saya tak rasa saya nak datang sini lagi sekadar untuk shopping. Kecuali lah kerana menemani anak anak dsb. 


Sesampai di apartment, kami menunaikan solat dan selepas itu, saya ikut anak anak keluar semula dengan menaiki metro untuk ke butik Polene. Beratur untuk masuk agak panjang dan dengan cuaca panas, menjadikan kita berpeluh peluh. Ketika itu, butik hampir ditutup. Boy dan Juita balik dengan metro dan singgah beli ayam. 





Kami terpaksa ambil 2 uber kerana Aliya juga dikira sebagai penumpang. Jadi dia tak ambil 5 orang penumpang untuk satu uber. Terpaksa saya dan Aween ambil uber lain. 


Balik malam saya memasak kari ayam, sambal tumis ikan bilis dan telur goreng untuk makan malam. Setakat ini dahulu untuk kali ini, nantikan sambungannya di entri akan datang. 



Catat Ulasan for "Percutian Paris - La Valle Outlet Part 1"