Sambal Sotong Kering Yang Sedap Kebabom
Sebelum kita meneruskan, jangan lupa klik follow blog dan klik iklan yang keluar di blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Hari ini saya masak sambal sotong kering untuk sarapan pagi. Saya faham kenapa sotong kering ini mahal. Ini adalah kerana proses penyediaannya yang agak remeh dan memakan masa.
Hari tu Hubby terkejut bila sekeping sotong kering berharga RM5.00 dan dia ambil 5 keping. Haa masak membayar RM25 untuk sambal sotong sahaja.
Lauk pauk dan makanan mahal macam ni, penjual hendaklah meletakkan tanda harga supaya orang tahu berapa nak dibayar. Maklum sotong kering ni bila dimasak saiznya jadi kecil sahaja.
Saya menyediakan terus 1 pek sotong kering. Lupa pulak dengan tengok berapa gram beratnya. Tapi pek plastik saiz besar. Bukannya apa sebab remeh kan. Jadi kita masak sekali jalan jer. Simpan sebahagiannnya untuk dimakan esok atau bila bila.
Bukan sahaja menyediakan sotong lama, menyediakan sambalnya juga lama. Api tak boleh besar. Nanti sambalnya tidak benar benar masak. Memang kena bersabar bila memasak sambal. Paling minima pun 1 jam. Paling lama boleh sehingga 2-3 jam.
Sambal macam ni memang tahan lama. Biasa orang berniaga masak lama untuk sambal tahan untuk beberapa hari berniaga. Ada orang suka meletak sos cili, sos tomato dalam sambal. Saya tak suka yang ada rasa sos. Suka yang kosong macam ni jer. Ikut lah selera masing masing lah. Tiada yang betul atau salah dalam bab memasak kan.
Walaupun berjam jam di dapur pagi ini, sangat berbaloi kerana sambal sotong kering saya hari ini sedap dan lembut sotongnya. Aaww aww gitu... Hahaha.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Sambal Sotong Kering
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 pek sotong kering
8 sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar gula
1/4 keping gula Melaka
3 keping asam keping
Garam
Minyak secukupnya
Bahan kisar:
4 biji bawang besar merah
1 genggam bawang merah
1 genggam bawang putih
Cara cara:
Sotong kering direndam dengan 2 sudu kecil soda bikarbanat semalaman. Tos, basuh bersih dan tos.
Panaskan air secukupnya dan rebus sehingga sotong menjadi lembut. Tos dan ketepikan.
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar dan cili kering kisar atas api sederhana sehingga benar benar garing dan terbit minyak. Nota: minyak perlu banyak untuk cili masak sempurna. Boleh tambah jika nampak minyak tidak cukup.
Setelah benar benar garing, masukkan gula Melaka, gula, garam dan asam keping secukupnya. Sukatan gula bergantung kepada kepedasan cili. Jadi masukkan secukup rasa.
Setelah sambal berubah menjadi warna merah gelap, boleh masukkan sotong kering.
Biarkan sotong mereneh dengan sambal sehingga sebati sebelum ditutup api.
Catat Ulasan for "Sambal Sotong Kering Yang Sedap Kebabom"
Add your comment