Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pajeri Terung Sedap Versi 2



Kebelakangan ini, dunia menjadi suram dan sedih berikutan dengan serangan demi serangan puak tentera Zionis ke atas bumi Palestin yang menyebabkan ramai rakyat Palestine yang terbunuh. Mereka juga mengebom hospital tanpa ada rasa belas dan peri kemanusiaan. 

Saya mengakui yang sebelum ini saya tidak mengetahui kisah Palestine ini dari awal sehingga lah saya mengikuti kelas tafsir surah Al Baqarah mingguan oleh Dato Dr Ustazah Fatma Elzahraa. Di dalam surah Al Baqarah banyak dikisahkan tentang kaum Yahudi Bani Israel yang merupakan kaum yang degil dan jahat. Mereka lah kaum yang paling jahat kerana membunuh ramai Nabi Nabi. Setiap hari sebanyak 17 kali, kita membaca surah  Al Fatihah yang menyebut kaum Yahudi yang dimurkai Allah. Kenapa dimurkai kerana mereka berilmu dan sudah tahu tetapi tidak mengamalkan ilmunya. 

Mereka enggan mengikut Nabi Musa untuk pergi ke tanah yang dijanjikan selepas berjaya menyeberangi laut Merah. Firman Allah SWT, (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur), maka kamu kelak menjadi orang yang rugi (di dunia dan akhirat)." (Surah al-Maidah, ayat 21). Keras kepala, degil, dengki, banyak berdolak dalih. Itu lah antara sifat kaum Yahudi dari zaman dahulu lagi. 

Umat Islam yakin bahawa sebelum kiamat semua orang Yahudi akan mati dibunuh oleh orang Islam sehinggakan batu atau kayu akan bercakap memberitahu ada Yahudi yang bersembunyi di sebalik batu atau kayu. Kecuali hanya satu pohon yang mendiamkan diri iaitu pohon Gharqad. 

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadits sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya)".

Semoga kita semua berdoa dan terus bersabar dengan ujian ini. Sama sama kita membantu Palestine yang memerlukan sokongan dari negara Islam di seluruh dunia ketika ini.  


Saya jika biasanya saya masak pajeri terung menggunakan “signature recipe” Azie Kitchen yang saya belajar dari Wan Chu di SINI, kali ini saya cuba pula versi orang lain yang saya belajar dari tik tok. 

Resipi ini juga sedap cuma lebih banyak bahan yang digunakan dengan rempah kari yang dicampurkan dan penggunaan serbuk cili. Kebetulan serbuk cili yang saya gunakan agak pedas, jadi saya guna 3-4 sudu besar gula untuk imbangkan kepedasannya. Kalau biasa, guna 3 sudu pun dah OK. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba ......


Pajeri Terung Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Rempah 3 sekawan

1 ½ sudu besar serbuk kari ayam

1 sudu besar serbuk kari ikan

1 sudu besar serbuk cili

2 tangkai daun kari


Bahan kisar:

½ biji bawang besar

2-3 bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

Segenggam udang kering - rendam seketika


Bahan lain:

5-6 biji terung - belah tak putus

4 biji bawang merah - hiris

½ kotak kecil santan

1-2 sudu besar kerisik

3-4 sudu besar gula - ikut kepedasan cili

Garam

Serbuk aji


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan dan bawang hiris sehingga keperangan.

Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan semua rempah kari, serbuk cili dan kacau sehingga terbit minyak.

Masukkan terus gula, garam dan serbuk perasa. 

Setelah terbit minyak , masukkan terung dan sedikit air.

Masukkan santan. Masak sehingga kuah pekat dan terbit minyak. Kuah pajeri mesti menpunyai rasa manis, kuah pekat dan warna gelap. Tutup api.


Jika ada lebihan, masukkan dalam bekas. Simpan dalam peti beku untuk dimakan di masa depan.


Catat Ulasan for "Pajeri Terung Sedap Versi 2"