Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Ayam Kegemaran Anak Anak



Saya kongsikan intipati Tafsir surah Al Waqiah oleh Ustaz Najib Ali. Surah Al Waqiah antara surah yang menyebabkan rambut di kepala Nabi beruban menunjukkan bagaimana dasyatnya surah ini jika kita dapat hayati bersungguh sungguh. Kisah menggerun dan menakutkan. 

Dalam ayat 46, disebutkan mereka yang dimasukkan ke neraka ialah mereka yang sentiasa melakukan dosa besar melampau. Sungguh manusia melampau bila dah jadi kaya, hebat dan berkuasa. Allah kata lagi Sungguh manusia itu perangai “kanud” iaitu tak kenang budi dalam surah al Adiyat ayat 6. Allah beri kebaikan banyak tapi tetap tak ingat nikmat.

Allah tanya soalan dalam surah Al-Infitar Ayat 6, wahai Manusia apa yang menipu daya kalian dengan Tuhan kalian yang maha baik maha pemurah. Kenapa tak boleh solat, kenapa tak tutup aurat. Jawapan ada pada kita. Jawapan

ibnu abbas dengan sebab kerana Allah terlalu baik. Tak solat pun Allah bagi nikmat. Tak minta sihat pun Allah bagi sihat. Jadi naik lemak. Kedua, kerana terpedaya dengan pengampunan Allah. Buat dosa dan kemudian minta ampun. Kerana Allah Maha Pengampun. Mereka terus dilalai. Istidraj bukan kerana Allah sayang tapi menyampah. Angkat darjat mereka dalam keadaan mereka tak tahu ianya bukan kemuliaan. Kita mungkin tak buat dosa besar tapi kita lalai dengan kemewahan. Manusia ke neraka tadi punca kerana tenggelam dengan kemewahan dan melakukan dosa besar. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Di rumah saya kalau dimasak lauk masak lemak cili padi ayam ni hari hari pun ok. Anak anak suka sangat, terutama Nelly. Cuma saya lah pulak jemu kalau asyik masak lauk sama jer. 

Jadinya saya pelbagaikan cara cara memasak lemak ayam ini. Ada ketika saya masak lemak cili padi stail Nogori, ada kalanya buat stail tumis dulu bahan kisar, ada ketika saya masukkan bawang, buah keras dll. 

Saya memang tak memasak satu cara sahaja. Lagi pun saya kan food blogger, memang saya kongsikan pelbagai resipi dan cara penyediaan untuk satu satu masakan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Masak Lemak Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
1 batang serai - ketuk
2 biji ubi kentang - potong wedges, jika suka
1 biji kelapa - santan 
1 helai daun kunyit

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1-2 genggam cili padi - ikut pedas disukai 

Cara cara;
Masak bahan kisar, serai, daun kunyit. Setelah mendidih masukkan ayam, kacau rata. Setelah air ayam kering, baru masukkan sedikit air dan masak sehingga ayam separuh masak.

Masukkan ubi kentang dan asam keping. Kacau rata dan masak sehingga ubi kentang empuk.


Bila ayam empuk, masukkan santan. Akhir sekali, masukkan garam secukupnya.




Catat Ulasan for "Masak Lemak Ayam Kegemaran Anak Anak "