Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Nasi Dagang Kelantan



Assalamualaikum, dah klik butang follow blog saya? Dah klik iklan yang keluar di blog saya? Jika ya, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kerjasama anda semua. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua. 

Saya kebelakangan ini sangat stress bila berada dalam rumah yang berhabuk berikutan dengan proses membaiki rumah. Saya sebenarnya tidak menjangka ianya banyak dan berlarutan. Ingatkan sedikit sahaja dan 3-4 hari dah siap. 

Jadi alang alang dah membaiki rumah, saya terus mengambil kesempatan untuk melihat semula perkakas elektrik yang digunakan selama ini dari segi voltage dan penggunaan kuasa elektrik. Maklum ada peralatan elektrik yang telah lama dibeli ketika berpindah masuk. Ketika itu, belum ada lagi teknologi energy saver inverter seperti sekarang. 

Saya berusaha untuk menurunkan bil elektrik bulanan sebelum mula memasang solar panel yang boleh menurunkan 50-60% bil elektrik bulanan di rumah kita. Ya lah kalau pasang solar tapi elektrik masih beribu, pasti tak berbaloi kan.

Saya menukar aircond kepada teknologi inverter, menukar downlight pada mentol LED, menukar kipas siling kepada yang lebih menjimatkan tenaga. Ada peralatan yang kita tidak sedar penggunaan elektrik yang tinggi seperti alat penapis air yang memberi air panas dan air sejuk, boleh sehingga 500-600 watt. Bayangkan kalau dah on 24 jam, berapa agaknya bill sebulan untuk ini sahaja. 

Kalau nak ditukar semua sekali, parahlah pulak. Jadi saya membuatnya secara berperingkat peringkat. Mudah mudahan usaha saya ini membuahkan hasil yang positif. Bila kos sara hidup meningkat, kita kena berusaha untuk menanganinya walaupun tak dapat diatasi sepenuhnya. OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 


Dua kesilapan saya buat hari ini walaupun dah. banyak kali memasak nasi dagang menggunakan resipi ini. Pertama saya menggunakan santan kotak. Untuk menjadikan kuah. gulai cantik terbit minyak, wajib kita menggunakan santan segar.

Kedua, saya terlebih air semasa memasak nasi dagang menggunakan periuk Noxxa. Sepatutnya bila saya dah rendam seketika beras nasi dagang, air patut dikurangkan sedikit. Hahaha tak apalah. Kita belajar dari kesilapan.

Namun begitu, nasi dagang dan lauk ini sangat sedap. Walaupun nasi sedikit lembik, tiga kali saya menambah sebab sedap sangat. Sekali sekala macam kita makan nasi lembik, sedap kan? Haa begitu lah juga dengan nasi dagang saya hari ini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…. 


Gulai Ikan Tongkol Lauk Nasi Dagang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam rebus - 1 kg
2 biji telur rebus - opsyenal
1 ½ sudu besar rempah kari 
½ sudu besar rempah sup
¼ sudu besar halba campur
¼ kg santan segar - saya. guna santan kotak
1 keping asam keping - rasa dulu
½ sudu besar garam
1 ½ sudu besar gula
¼ keping gula Melaka
½ cawan minyak

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci lengkuas - 3 hiris
½ inci halia
1 inci kunyit hidup - guna ½ sb kunyit kisar
½ sudu besar cili kering kisar - sekadar untuk warna kuah sedikit kemerahan
½ sudu besar ketumbar biji - atau guna serbuk ketumbar

Cara cara:
Ikan direbus dengan 5-6 keping asam, 2 sudu besar garam dan gula Melaka dengan air tenggelam ikan. Rebus sehingga selama 15-20 minit. Tutup api dan biarkan semalaman.


Panaskan minyak dan tumis halba campur, bahan kisar dan cili kisar sehingga wangi. Setelah wangi, masukkan rempah kari dan rempah sup. Tumis lagi sehingga terbit minyak.


Tuang sedikit santan pekat dan air secukupnya. Kacau sehingga santan mendidih dan terbit minyak. Nota: boleh masuk air sedikit sedikit untuk cepat terbit minyak. Untuk kuah terbit minyak cantik, pasti gunakan santan segar.

Masukkan baki santan, asam keping, gula dan garam serta aji no moto. Masukkan air rebusan ikan.

Kemudian masukkan ikan dan telur rebus, jika suka. Rasakan dulu, sebelum ditambah garam dan asam.

Akhir sekali, masukkan timun, lada hijau dan cili padi sebagai hiasan.



Lauk ini selain dimakan dengan nasi dagang, sedap juga dimakan dengan nasi putih dengan sambal Kelantan sebagai nasi berlauk.



Nota;
Keesokannya, boleh tambah air panas jika kuah terlebih pekat dan masukkan cili padi.

Gulai ini sedap dimasak sehari sebelum ianya dihidangkan.


Catat Ulasan for "Gulai Nasi Dagang Kelantan"