Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Udang Berkeju Lada Hitam



Saya kadang kadang menjadi stress bila membaca post di media social yang menunjukkan banyak kepincangan. berlaku. Kita sebagai rakyat pula dianggap seperti orang yang buta dan pekak yang tidak tahu apa apa. Ramai kawan kawan sama group whatsApp pun meluahkan perasaan yang sama. 

Benci sungguh dengan orang yang berbohong hidup hidup seolah kita semua haiwan yang tidak berakal untuk menilai. Seolah kita orang yang tidak berpelajaran untuk berfikir dan mendapatkan fakta fakta. Memang boleh jadi stress. 

Kalau dapat berita macam ni, saya akan cepat cepat menukar kepada post berkaitan agama yang memberikan pesanan dan peringatan dari Allah kepada manusia yang melakukan kemungkaran semasa hidup. 

Mendengar peringatan tentang balasan di hari akhirat menjadikan kita sedikit lega kerana kita yakin, Allah akan memberikan balasan yang seadil adilnya untuk orang yang melakukan kebaikan atau keburukan semasa di dunia.  Di sana nanti, tidak adalah darjat dan kasta sesama manusia, yang ada hanyalah bekalan dari amalan kita. 

Kita boleh saksikan sendiri, tiada orang mati membawa harta, pingat kebesaran beraama ke dalam kubur. Hanya dibalut dengn kain kafan kapas putih sahaja. Bukan sutrera pun. Tiada lagi sultan, bangsawan, pemimpin dsb. Semua akan menjalani perhitungan yang sama di padang Mahsyar.


Saya kalau memasak, akan memilih resipi yang tidak banyak bahan bahan yang digunakan. Senang dan kos pun menjimatkan. Tapi yang paling penting, rasanya mestilah sedap. Kalau tak sedap, membazir pula bila tak ada yang makan. 

Resipi ini memang mudah dan cepat disediakan. Lagi pula bila memasak udang, tak boleh lama lama. Nanti akan jadi liat. Cukup sekadar melihat kepala udang bertemu dengan ekor, itu tanda dah boleh diangkat. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Udang Berkeju Lada Hitam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram udang
6 ulas bawang putih - cincang
60 gram mentega
AJI-SHIO®️ Flavoured Black Pepper
AJI-SHIO®️ Flavoured Pepper.
3 sudu besar mayonis
⅓ cawan parutan keju
Daun parsley
Sedikit minyak masak

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan mentega. Setelah mentega cair, masukkan udang. Kacau rata.

Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam.

Masukkan mayonis. Masukkan parutan keju. Akhir sekali taburkan daun parsley.





Catat Ulasan for "Udang Berkeju Lada Hitam"