Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Pucuk Paku Goreng



Saya pun tak pasti kenapa walaupun saya menpunyai ramai follower di Instagram tapi Like dan Komen sangat rendah. Kadang kadang saya rasa macam nak private kan saja akaun Instagram. Saya membuat posting sejak dari dulu atas dasar minat saya, jadi kalau nak terus berhenti mungkin tidak lah.

Saya melihat medsos seorang founder yang suka membuat aksi seksi dan bercakap mencarut atau artis artis yang seksi, ramai pula yang komen dan like. Agaknya mereka suka dengan posting sebegitu. Mereka akan komen walaupun  komennya tidak dibalas. 

Saya pun tak pasti, mungkin juga follower saya jenis yang suka baca sahaja tapi tak suka klik butang like dan komen. Tapi kalau tengokkan jumlah follower, ramai jer orang muda muda. OK cukup lah setakat ini dahulu, sekarang kita masuk pula bab resipi.


Sayur pucuk paku adalah antara sayur kegemaran Nana dan saya sendiri. Kalau dulu dulu saya suka masak goreng belacan tapi sejak allergi saya dah tidak lagi mengguna belacan. Tapi tetap sedap.

Saya dapat pucuk paku ni pun semasa ke Sg Buloh mengambil buah cempedak setelah cuba mendapatkan khidmat grab tidak berjaya. Alhamdulillah dapat 4 biji buah cempedak yang besar besar. Di tepi jalan ada peniaga yang menjual sayuran kampung, juga telur itik dan angsa. Melihatkan pucuk paku yang segar, saya beli lah 3 ikat. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Sayur Pucuk Paku Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ½ ikat pucuk paku
1 ekor sotong
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 biji cili merah
½ sudu kecil garam
Serbuk pati ayam
1 sudu besar sos tiram

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik. bau. Masukkan cili padi dan cili merah dan kacau rata.

Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan kacau rata.

Masukkan pucuk paku dan kacau rata. Masukkan serbuk pati ayam, garam dan sedikit perasa aji.

Kacau rata dan tutup api. 



Catat Ulasan for "Sayur Pucuk Paku Goreng "