Pes Sambal Tumis Udang Yang Sedap Dan Mudahkan Kerja
Beberapa hari sebelum bercuti ke London dan Paris awal September baru baru ini, saya menyediakan pes sambal tumis yang banyak untuk dibawa bersama. Untuk memastikan sambal tahan lama tanpa perlu di re tort ialah dengan memasak lama lama dengan api perlahan dan tidak memasukkan air selepas sambal masak dan garing. Kalau nak guna lebih lama, baru pes akan di retort.
Semasa hendak memasak, cuma tuang ke dalam kuali dan masukkan sedikit air sebelum dimasukkan lauk yang ingin dimasak seperti udang, sotong, ayam, telur dsb. Di sana, udangnya ialah udang yang telah dikopek dan dibeku. Tapi kalau guna udang atau sotong segar, tak perlu masukkan air kerana ianya akan mengeluarkan air.
Alhamdulillah kerja menjadi sangat mudah dan cepat. Yang penting anak anak happy kerana dapat makan masakan Melayu air tangan saya. Yang pastinya menjimatkan lah. Kalau makan di sana, bukan sahaja mahal tapi kadang tidak sesedap mana pun.
Hari selepas Nana punya "admission ceremony" di The Royal College of Ophthamologist hari itu, kami dah kelaparan. Walaupun ada disediakan jamuan teh tak pasti pulak halalnya. Jadi kami terus naik uber ke China Town untuk makan di Restoran Rasa Sayang. Makan untuk 4 orang dah lebih UK80. Memang lah kita jangan convert tapi kalau nak juga convert dah berapa RM tu. Dah dekat RM500 sekali makan nasi lemak dan nasi goreng.
Jadi kalau saya bercuti, memang keutamaan saya ialah apartment yang ada kemudahan memasak. Makan tengahari baru kami akan makan di luar. Tak adalah setiap masa makan di apartment pulak. Kena juga merasa masakan setempat yang kena dengan selera kita. Betul tak?
Untuk pes hari ini, saya menyediakan di rumah dan menyimpan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Oleh kerana ada anak anak tak makan petai, jadi saya bahagikan kepada 2 bahagian. Udang tu saya goreng seketika dan masukkan pes mengikut sukatan yang kita sukai sepadan dengan udang. Haa kan cepat. Jadi walaupun di rumah, kita boleh sediakan pes sambal juga. Maklum nak menyediakannya sangat lama. Paling paling cepat pun 1-2 jam.
Sambal saya memang mudah, tak ada guna sos sos bagai. Hanya kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih sahaja. Tumis dengan minyak yang banyak dan masukkan cili kering kisar. Setelah terbit minyak, jangan masukkan apa apa air lagi. Jadi saya guna asam keping. Yang lain pastinya gula Melaka, gula dan garam lah. Setelah sambal benar benar garing dan berwarna kegelapan, bolehlah tutup api dan sejukkan. Haaa mudahkan. Alang alang memasak lama, buat jer banyak banyak.
Sebelum dihidangkan, bolehlah ceduk minyak berlebihan. Minyak ini boleh disimpan dan guna untuk memasak nasi goreng, mee goreng atau menggoreng sayuran. Sedap sangat. Menumis memang kena guna minyak yang banyak supaya bahan tumisan masak sempurna. Haa gitu.
Catat Ulasan for "Pes Sambal Tumis Udang Yang Sedap Dan Mudahkan Kerja"
Add your comment