Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Ungkep Sedap dan Mudah



Semakin kita berusia, semakin banyak yang kita lalui dan kita pelajari. Itu lah agaknya pepatah zaman dulu yang selalu diungkap oleh orang tua tua yang aku yang makan garam terlebih dahulu. Bagi menggambarkan mereka melalui dan mengalaminya terlebih dahulu dari mereka yang masih muda. 

Kebelakangan ini banyak kisah perceraian dipaparkan di dalam media sosial yang kadang kadang kita rasa macam tak percaya. Ingatkan semua kisah berlaku hanya rekaan dalam filem semata mata. Tapi setelah usia meningkat, perkara ini dapat dilihat berlaku di depan mata dan berlaku pada orang sekeliling kita. 

Kalau dulu orang akan cakap suami semakin tua akan lebih baik kerana dia mengharapkan isteri dan anak anak menjaga di kala dia tua atau sakit. Tapi kini tak berlaku semua tu. Dah tua bangka pun masih buat perangai. Masih mengidam pucuk muda. Masih menggatal. Ada orang tua yang kahwin dengan perempuan sebaya anak. 

Banyak kes suami tua yang poket selalu kosong pun berperangai pelik pun ada juga. Pagi pagi buta bergayut di telefon setiap hari. Entah siapa yang dilayan pun, kita tak pasti. Ya lah orang tua lain masa tu, akan bersembang dan mengadu dengan Allah mohon keampunan. Bukan berlagak macam orang muda lagi. Malam malam boleh keluar mengopi dengan kawan kawan. Kalau dulu, malam orang tua ke masjid dengar kuliah agama dsb. Atau isi masa dengan anak cucu.  

Orang kalau dah tua, masih tak berubah dan sedar diri, tak kira lah lelaki atau wanita, memang tak akan berubah sampai mati. Kita akan mati ikut kebiasaan yang kita buat masa hidup di dunia. Kalau kita 24 jam bergayut dengan handphone, mati pun tak mustahil kalau dengan handphone di tangan juga. OK setakat ini dahulu, jom kita masuk pula bab masakan.  


Hari ini saya ingin kongsikan resipi ayam ungkep, resipi masakan orang Jawa. Teringat masa saya bersama geng alumni buat program JJCM di Muar, singgah makan ayam ungkep yang dimasak seekor ala ayam golek gitu. Wallaaa sedap. Lagi lagi pulak menggunakan ayam kampung. 

Hari ini walaupun guna ayam daging jer, sedap juga. Lauk ni tak muak sangat kerana tiada menggunakan santan. Sedap dimakan dengan nasi putih panas panas. Sekali dengan ulam ulam dan ikan kering. Tak pandang kiri kanan dah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Masak Ungkep
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam - 1 kg
2-3 batang serai - ketuk
2-3 hirisan lengkuas
2-3 keping asam keping
1 sudu kecil cili kering kisar - warna

Bahan kisar:
2-3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4-5 biji cili padi - ikut pedas disukai
Sebesar ibu jari halia
½ sudu besar serbuk jintan putih
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk ketumbar

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serai dan hirisan lengkuas serta asam keping.


Masukkan ayam yang dilumur garam kunyit dan gaul semua. Masukkan air sehingga menutupi ayam. Tutup dan biarkan masak sehingga sedikit kering. Sekali sekala kacau supaya tidak melekat. Kalau kuah kering, tambah air lagi sehingga ayam benar benar masak.


Bila ayam dah empuk dan kuah hampir kering, masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.



Catat Ulasan for "Ayam Masak Ungkep Sedap dan Mudah"