Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Yang belum follow blog saya, jangan lupa follow. Jangan lupa juga klik iklan yang keluar tau. Terima kasih banyak banyak atas sokongan anda.

Saya masih jet lag. Sejak balik belum ke dapur tapi Nana balik dari kerja tanya mama masak apa hari ini. Rasa bersalah pulak kalau tak memasak. Saya suka kalau anak anak suka makan apa yang saya masak. Lagi pulak, hidup ini masing masing ada tanggungjawab. Samada pada diri sendiri, pada keluarga dan pada masyarakat. 

Kita bukan hidup untuk diri sendiri. Keluar bekerja cari duit untuk keperluan hidup sendiri. Bolehlah kalau orang yang tak berkahwin. Buat apa kahwin, kalau tak mahu menjalankan tanggungjawab. Perkara yang wajib diutamakan seperti nafkah tidak dilunaskan. Tapi sanggup mengeluarkan duit untuk kepentingan diri sendiri. Pastinya orang macam ni, akan ditanya Allah bila dah mati kelak. Pasti. Itu janji Allah kepada mereka yang engkar perintah dan laranganNya.


Hari ini saya tanya dalam group WhatsApp, nak masak apa. Nana menjawab, ayam masak kicap. Haa senang, tak payah saya nak pening kepala memikirkan apa yang nak dimasak. 

Sebenarnya lagi kita tak bekerja lagi kita kena lawan jet lag ni. Kalau ikutkan dengan layan mengantuk, alamaknya berminggu tak ok lagi. 

Macam Nana dan Juita, keesokan selepas sampai terus ada kursus dan program pejabat. Nelly pula ada majlis perkahwinan sebelah malamnya. Saya yang tak ada apa apa ni, asyik tidur jer. 

Jadi saya gagahkan untuk memasak dan buat video supaya saya ada aktiviti yang boleh dibuat sehingga ke petang sebelum keluar mengambil Ammar di sekolah. 

Alhamdulillah walaupun memasak dalam keadaan mengantuk, tapi sedap pula kejadiannya. Agaknya memasak dengan penuh kasih sayang kot. Betul tak? Hahahaha betul lah tu.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Ayam Masak Kicap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
4 biji cili padi - ketuk
Pes asam jawa
1 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar sos cili
Kicap manis secukupnya
Daun bawang - hiasan
Minyak masak

Bahan kisar:
4-5 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Lumur garam dan serbuk kunyit pada ayam. Goreng dalam 90% masak. Angkat dan ketepikan. 


Ceduk keluar sedikit minyak menggoreng ayam, tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili garing. 

Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Setelah kuah kelihatan berkilat, masukkan ayam. 

Masukkan sedikit air, sos cili, pes asam jawa dan kiub pati ayam. 

Masak sehingga ayam benar benar masak dan merenih dalam kuah kicap. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Tutup api. 


Sedia untuk dihidangkan. Tabur daun bawang. 




Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap"