Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Tulang Simple Kelantan



Amalkan membaca 2 ayat terakhir surah At Taubah sebanyak 7 kali selepas solat Maghrib dan selepas solat Subuh, akan diberi kemudahan segala urusan yang menyusahkannya di dunia ini. Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnus Sunni.  

Hidup kita di dunia penuh dengan ujian samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Yang pastinya ramai antara kita diuji dengan ujian kesusahan. Dunia bukan syurga pun kerana dunia penuh dengan tipu daya. Jadi kita cuba cari ketenangan hidup. Ada ujian kita sabar dan usaha untuk mengatasinya mengikut Al Quran dan sunnah. 

Jadi mana mana ayat Al Quran yang boleh dijadikan zikir dan wirid selepas solat, kita amalkan. Insya Allah, Allah akan memberikan rezeki dari jalan yang tak disangka sangka. Saya sendiri menerima rezeki yang tidak pernah saya sangka dari dulu sehingga kini, baru saya merasainya bahawa Allah akan memberikan rezeki pada setiap makhluknya. 

Walaupun saya bersara tanpa pencen tapi Allah masih memberikan saya rezeki setiap bulan untuk saya meneruskan hidup saya. Ini adalah satu kurniaan dan nikmat Allah yang tidak pernah saya fikir sejak dulu. 

Takdir Allah telah tercatat sebelum ianya berlaku lagi. Jadi kita kena sentiasa redha dan sabar kerana Allah tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk kita.



Tiba tiba rasa nak makan sup tulang yang jernih, maksudnya tidak terlalu berempah. Tapi saya letakkan juga sedikit serbuk sup supaya lebih berperisa. 

Bagi menjadikan kuah sup lebih sihat untuk dihirup atau dimakan dengan nasi, saya biarkan lemak rebusan tulang menjadi beku dan keras di permukaan. Kemudian diceduk keluar supaya kuah tidak terlalu berlemak. bayangkan selepas kita makan sup, lemak lemak tu akan melekat di sepanjang usus kita. Ianya boleh menjadikan kolesterol tinggi dan boleh menyebabkan saluran jantung tersumbat. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Sup Tulang Simple
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
1 kg tulang lembu
3 inci halia
Garam

Bahan B:
6-7 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 sup bunjut tulang
½ sudu kecil rempah sup serbuk

Bahan C:
1 biji buah tomato - dadu
5-6 biji cili padi - hiris
Daun sup - hiris
Bawang goreng
1 biji buah limau nipis - hiris 

Cara-cara:
Rebus tulang dengan air secukupnya dan halia yang dihiris kasar sehingga daging empuk. Nota: saya guna periuk tekanan selama 40 minit. Masukkan garam secukupnya.

Angkat dan sejukkan. Ceduk keluar lemak yang timbul di permukaan. Nota: boleh masukkan dalam peti ais seketika sehingga lemak membeku. Setelah empuk, masukkan garam secukupnya.

Sementara itu, di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan B sehingga bawang sedikit keperangan. Tuangkan semua sekali ke dalam periuk sup tadi. kacau rata. Sesuaikan rasa. 


Sebelum dihidangkan, panaskan semula sup dan masukkan bahan C. Perahkan sedikit air limau nipis dan sedia untuk dihidangkan panas panas. 




Catat Ulasan for "Sup Tulang Simple Kelantan"