Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Lemak Putih Taugeh


Alahai ada lagi orang yang penyakit perijudis dengan negeri lain. Lebih lebih lagi selepas PRN 2023, ramai pulak nak berjemaah boikot kedai negeri Kelantan. Kata demokrasi, hormati lah pilihan rakyat Kelantan. Ingatkan zaman orang dah berpelajaran dan zaman sosial media ni ramai orang dah dapat kenalan dengan rakan rakan dari semua negeri. 

Ada siapa yang masih berpersepsi negatif dengan orang Kelantan? Kalau ada, baik buangkan. Ini adalah kerana anda berasal dari negeri mana pun, akhlak anda tetap tidak elok jika menpunyai persepsi negatif pada orang Kelantan hatta dari negeri lain sekali pun. 

Memang tidak dinafikan orang Kelantan sangat unik kerana ukhwah sesama sendiri yang sangat kuat. Bila bertemu dengan sesama dari Kelantan, walaupun tak kenal tapi terasa macam sangat dekat. Secara automatik, slang akan menjadi dialek Kelantan. Sama perasaan bila bertemu dengan orang Malaysia di luar negara. 

Saya sendiri sangat bangga menjadi anak Kelantan. Kerana lahir dan terdidik di negeri Che Siti Wan Kembang yang mencorakkan diri saya hari ini. Siapa yang melihat saya sebelum bercakap dengan saya juga pasti dapat meneka bahawa saya adalah anak Kelantan dari pembawaan diri saya. 

Walaupun berpendidikan dan menpunyai pekerjaan bagus, saya tidak butuh untuk diam di rumah seperti lady of leisure. Saya turun padang di bawah panas mentari dan menguruskan sendiri pembinaan banglo yang kami miliki hari ini. Saya menanam sendiri pokok pokok di laman rumah, melakukan sendiri kerja kerja mengecat yang mudah dsb. Semuanya kerana saya tidak percaya duit memberi jalan mudah pada segalanya. Semangat dan jiwa serta keyakinan yang saya boleh melakukannya akan memberi kepuasan melakukannya sendiri. 

Haa semangat berniaga di kalangan anak Kelantan terutama wanita, sangat tinggi. Pasti ramai tahu berkenaan perkara ini. Saya bangga semua anak saya juga rajin dan tidak hanya berehat di rumah selepas waktu pejabat walaupun bergaji besar. Mereka masih mengisi masa yang ada dengan sebijaknya dengan melakukan perniagaan secara online. Tiada masa untuk busy body, berdengki atau berjemaah mengumpat orang itu dan ini. 

Daan yang paling utama, Kelantan dikenali sebagai serambi Mekah? Kenapa begitu? Anda pasti boleh menekanya kan. Tapi sekarang negeri lain juga banyak pusat pusat pengajian agama yang melahirkan ramai ustaz dan anak anak tahfiz di seluruh negara. Tapi Kelantan telah sinonim dengan perkara ini sejak dulu lagi. 

Di Kelantan sejak dulu lagi, banyak pondok pondok pengajian untuk orang tua tua belajar agama sebelum dijemput Illahi. Saya sendiri sentiasa ditekankan tentang agama dan diberi peringatan sejak kecil tentang syurga dan neraka. 

Kedua ibubapa saya sangat menekankan bab agama pada anak anak dan menerapkan nilai nilai murni seperti jujur dan amanah. Masih saya ingat di majlis perkahwinan kami pun, arwah Bonda mengetuk pintu bilik pengantin supaya kami bangun solat Subuh. Tiada alasan untuk bangun lambat dan tidak solat. 

Setakat ini dahulu dan kepada mereka yang masih berprasangka buruk pada orang Kelantan tu, baik lah buat muhasabah diri sendiri. Adakah aku lebih baik dari mereka?


Saya kalau kekeringan idea suka juga masak lauk ni. Lauk popular di rumah saya masa kecil dulu. Cuma sayuran yang digunakan arwah Bonda adalah sayuran kampung yang ditanam sendiri atau dicari di hutan hutan. Selain itu, kami menggunakan isi ikan rebus bukan ikan bilis. 

Gandingan sesuai ialah ikan goreng garam kunyit jer. Kalau ada sambal Kelantan pun sedap juga. Nak lagi membangkitkan selera, hidang dengan ikan masin atau ikan kering. Wallaa sedap dan menyelerakan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sayur Lemak Putih Taugeh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram taugeh
1 biji cili merah
Daun kucai
1 keping tauhu
1 keping tempe
1 kotak santan + air secukupnya
Garam
Serbuk perasa

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
1 sudu besar ikan bilis
Sedikit lada hitam

Cara cara:
Satukan santan dan bahan tumbuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan tempe dan tauhu dan setelah mendidih, masukkan taugeh, kucai dan cili merah. Kacau rata.


Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Boleh tutup api. 



Catat Ulasan for "Sayur Lemak Putih Taugeh"