Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Hati dan Limpa Nogori



Kebelakangan ini banyak betul posting di pelbagai platform media sosial berkenaan seorang lelaki yang berkahwin kali kedua. Ditunjukkan pula isteri pertama yang redha dengan pernikahan tersebut. Kalau dah redha, nikah jer lah. Tak perlu nak buat content tunjuk kat orang. 

Tapi kalau isteri dah menangis berminggu tak keluar bilik tu, kira macam mana? Itu bukan redha tapi pasrah.  Redha ni kena terus terima pada saat pertama diuji. Bukan selepas dah menangis berminggu bagai baru kata terima. 

Siap pulak dikatakan kedua isteri berlumba lumba untuk menjadi yang terbaik. Mungkin lah betul kan. Tapi perlukah mengaibkan dan merendahkan martabat wanita dengan statement macam ni. Seorang isteri akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik buat suami. 

Sebenarnya kita tak boleh nak kontrol kalau suami yang macam ni tapi kita boleh buat pilihan. Hidup adalah pilihan. Pilihan untuk terima hidup dengan suami yang curang cintanya atau untuk pilih haluan hidup sendiri. 

Lagi lagi kalau suami yang ego, contoh bila ditanya kalau isteri kedua tak ada anak juga, dia jawab kawin lagi.  Hahaha anak ini bukan boleh dibuat di kilang mana pun dan tidak boleh dibayar dengan banyaknya duit jika Allah tak izinkan rezekinya. Sepatut dia check dulu kalau dah 2 isteri tak boleh beranak maknanya siapa yang ada masalah kemandulan, bukan jawab dengan sombong begitu. 

Memang suami yang berduit akan curang, walaupun bukan semua tapi sebahagian besar. Masalahnya yang tak berduit pun, hutang keliling pinggang pun ada hati juga nak menggatal.  

Itu sebab wanita kena ada harta dan asset sendiri, kena ada pelajaran, kena ada pekerjaan dan duit sendiri. Baru hidup akan memberikan kita banyak pilihan. Baru kita menpunyai total freedom dan hidup merdeka tanpa dijajah seorang lelaki bergelar suami. 

Jangan sesekali bergantung pada suami. Bila hidup bergantung pada suami, maka kita tak redha pun terpaksa redha. Faham tak maksud saya? Ada jer wanita yang memang betul betul redha tapi dalam hati mesti ada rasa cemburu, ada rasa sedih dsb melihat kecurangan suami. 



Saya hari ini ingin kongsikan resipi rendang hati stail Nogori. Hahaha alang alang bercakap bab hati dan perasaan kan. Masa hari raya korban hari tu, banyak dapat hati lembu. Kat rumah ni pula, tak ramai yang suka makan lauk hati. 

Bila memasak hati lembu kena guna banyak rempah atau banyak cili supaya tidak terasa bau hanyir hati tersebut. Apa lagi? Jom lah pakat cuba resipi ini. Mudah dan ringkas jer pun bahan bahannya.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Rendang Hati Lembu Nogori
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram hati 
200 gram limpa 
1 biji kelapa - santan segar
2 keping asam keping
2-3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit - hiris
Garam

Bahan kisar:
1-2 genggam cili padi - ikut pedas disukai
2 inci halia
5 inci kunyit hidup

Cara cara:
Limpa direbus selama 30 minit dan siat kulit luar kemudian dipotong memanjang.

Masukkan semua sekali bahan kecuali garam, kerisik dan daun kunyit.


Masak sehingga hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit. Masak hingga kering yang disukai.


Nota:
Jika suka, boleh masukkan sedikit minyak supaya rendang kita cantik. 

Catat Ulasan for "Rendang Hati dan Limpa Nogori"