Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Kuning Ikan Tongkol Nasi Berlauk



Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom Ustaz Md Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang tajuk Redha. Redha adalah satu kalimah yang menenangkan. Semua kebahagiaan bermula dari jiwa yang redha. Redha erti bina hubungan yang baik dengan Allah. Anggap apa yang berlaku adalah takdir yang baik untuk kita datang dari Allah yang Maha Pemurah, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. 

Kita akan berlapang dada. Allah yang tentukan semuanya dan Allah lebih sayangkan kita lebih dari mak ayah kita sayang pada kita. Allah lebih sayang hambanya lebih dari seorang ibu sayang pada anak. Ibu sayangkan anak dan akan melengkapkan keperluan anak secara duniawi. Tapi ibu tak boleh amankan dalam perkara kubur kerana dia akan sibuk dengan urusan dia sendiri. Ibu juga ada masalah dia sendiri. 

Kasih sayang makhluk bersifat terbatas. Kasih sayang Allah beri hidayah kita pada islam, beri nikmat pada kita. Kalau kamu hitung nikmat Allah, necaya kamu tak boleh kira. Nikmat datang dengan singular. Pun dah tak boleh kira. Apa lagi kalau nak kira semuanya. Kerana bercabang cabang nikmat itu. Contoh, dari nikmat sihat, bercabang pada nikmat lain seperti boleh kawin, boleh kerja, boleh jumpa mak ayah dan jumpa kawan serta banyak lagi. 

Allah Maha mengetahui tahu apa yang sesuai dengan kita. Apa kah tempat kita. Apa kah kerja sesuai dengan kita. Dengan sifat bijaksana Allah. Bila kita redha dengan takdir Allah, kita akan dapat syurga dunia. Kita akan redha dengan pasangan, redha dengan kerja kita. Sejarah manusia bermula penderhakaan iblis kerana dia tak redha untuk hormat pada Adam. Kesilapan Adam kerana sikap tidak redha. Dalam syurga banyak nikmat tapi jiwa tidak redha juga. Tetap nak rasa buah yang dilarang.

Sesiapa yang benar beriman dengan Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, jiwanya akan redha. Dapat rezeki sikit, kita redha. Semua para sahabat, Allah bagi gelaran radiallahu anhu. Allah redha mereka dan mereka meredha dengan Allah. Allah meredha mereka keseluruhannya. Jiwa orang beriman bila pulang pada Tuhannya. Pulang lah pada Allah dengan redha. 

Surah Al Hajj ayat 11. Kalau mereka dapat kebaikan, mereka senang. Kalau diuji dengan benda mereka tak suka maka berbolak balik wajah mereka. Nak dipuji tapi bila dikeji. Akhirnya berkeluh kesah. Jadi rugi dunia, rugi akhirat. Ada orang tak redha dengan ketinggian dia. Ada yang tak redha dengan fizikal, hidung. Akhirnya buat pembedahan muka. Cuba ubah muka. Islam haram ubah ciptaan dengan tujuan mencantikkan melainkan ada tujuan perubatan dsb.

Jiwa tak redha tak faham qada dan qadar dia. Ini terbaik untuk dia. Kalau demam, Alhamdulillah ada kebaikannya. Orang beriman begitu melihat takdir Allah. Apa berlaku di dunia ini, pada kamu melainkan sudah tercatat di sisi Allah sebelum ianya berlaku. Untuk apa kita berusaha? Berusaha juga adalah takdir Allah. Mengikuti segala perintah Allah tujuan ciptaan manusia dan makhluk adalah untuk ibadah. Kalau atas ibadah, ibadahnya syukur, kalau usaha, ibadahnya tawakkal. Kalau dalam cari jodoh, cari yang ada agama.

Akan rasa kemanisan iman orang yang berkata Allah Tuhanku, Islam agama ku, Nabi Muhammad adalah Rasul ku. Yang uruskan alam ini dengan ketentuan dan kehendak Allah. Kalau ada orang sakit, redha. Hasbiallaahu wanikmal wakeel yang uruskan semua. Simpan duit kat bank kerana percaya kepakaran mereka. Kalau bank terbakar pun duit selamat. Tak percaya diri sendiri, dia takut hilang. Percaya pada tabung haji. Dapat duit raya pun simpan dalam tabung haji. 

Hidup kita yang uruskan adalah Allah. Serah pada Allah. Dari situ timbul sifat redha. Tak redha adalah awal kecelakaan. Semua serah pada Allah. Ada solat istikharah menyerah pada pilihan Allah. Apa yang Allah ilhamkan, kita redha. Tanda buruk kehidupan dia marah dengan apa yang Allah takdirkan padanya. Kita paling jadi ahli ibadah bila kita redha. Allah paling suka bila dia takdirkan sesuatu dan hambanya redha.

Selalu berdoa agar aku redha dengan apa pun yang engkau tentukan. Jangan aku mahu mohon melambatkan sesuatu yang engkau segerakan. Jangan pernah aku minta diawalkan. Ini waktu sesuai untuk kita. Kalau redha, ini waktu sesuai untuk saya dapat anak. Redha adalah pintu mendekati Allah yang paling agung. Tak redha, Allah jauhkan dia dari Allah. Apa pun berlaku pada kita hari ini, semua ditakdir Allah yang bijaksana. Jadi kita bersangka baik. Letak kepercayaan kita pada Allah sepenuhnya.

Bila Allah bagi, kita terima, bila tak bagi, kita redha. Bila Allah tinggal kita (doa tak dimakbul lagi) akan tetap kekal ibadah pada Allah. Contoh solat dhuha, satu ibadah untuk taat pada Allah. Bukan kerana nak sesuatu. Doa tak dapat, jangan tinggal doa kerana doa itu ibadah. Bila Allah seru kita akan menyahut walau di mana kita berada.

Kesimpulan kalau kita nak kehidupan baik, kena redha. Jika tak redha, tak ada ubat. Akan berubah ke? Takdir Allah tetap jalan samada kita suka atau tak suka. Rugi lah kamu bila terlepas peluang dapat pahala. Azam nak berubah jadi baik tak ada yang boleh halang. Kesimpulan selalu doa pada Allah supaya punya jiwa yang redha. Syurga dunia bagi orang yang kenal Allah. Jalan orang yang yakin pada Allah.



Saya bila tak sihat dan tak ada selera makan, pasti teringat makanan di negeri kelahiran saya. Teringat hidangan sarapan seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang. Belum lagi dengan lain lain menu seperti nasi impit dengan sate, mee goreng talam, laksam dan pelbagai kuih muih tradisional. 

Jadi bila dah lama teringin, tapi nak balik pun bukan senang. Jadi saya menyediakan sendiri gulai kuning nasi berlauk yang kali ini menggunakan ikan tongkol yang telah direbus dan dibiarkan semalaman. 

Wallaa sedap dan rasanya macam makan nasi berlauk pagi di Kelantan. Gulai ini tak boleh dimasukkan benda lain selain timun, kacang panjang dan lada solok. Masa makan pun, kalau nak letak hanya timun yang dihiris sahaja. Yang pasti ada sambal Kelantan lah kan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua..... 


Gulai Kuning Ikan Tongkol 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg ikan
3-4 hiris lengkuas
1 ibu jari kunyit - 2 inci
5-6 biji bawang merah
6 biji cili kering - 1 sudu besar cili kisar
½ kg santan + 5 gelas air
Asam keping

Cara cara:
Masak santan segar pekat dulu sehingga masak dan mendidih, baru masukkan bahan kisar.

Masak lagi sehingga mendidih, masukkan asam garam gula dan santan cair.


Hidangkan dengan sambal Kelantan sebagai nasi berlauk pagi. Nak lagi sedap, nasi dibungkus sebelum dimakan, baru terbau aroma nasi berlauk Kelantan. 





Catat Ulasan for "Gulai Kuning Ikan Tongkol Nasi Berlauk"