Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap



Saya ingin kongsikan sedikit petikan mukadimah dari kuliah online Ustazah Dato Dr Fatma Elzahraa tafsir surah Al Kahfi. Di dunia ada syaitan dan ada dajjal yang akan turun sebelum kiamat. Surah Al kahfi bagi nur dari jumaat ke jumaat berikut pada pembacanya. 

Walaupun kita tak benar benar hafal tapi kita akan ingat. Kita perlu hafal 10 ayat pertama surah ini untuk perlindungan dari fitnah dajjal. Atau 10 ayat akhir pun boleh juga. Semua ayat Al Quran kita mesti amal dan faham baru lah jadi. 

Sama macam surah Al Mulk. Dia yang tolong kamu dari azab dan siksa kubur. Rezeki Allah yang bagi. Perlindungan pun Allah yang bagi. Air pun Allah yang bagi. Bacalah surah Al Mulk setiap malam sebelum tidur dengan faham surahnya. 

Dalam Surah Al Kahfi ada kisah berkenaan 4 fitnah. Yang pertama, fitnah akidah tentang kisah Ashabul Kahfi ayat 9 hingga 26. Allah pelihara akidah 7 orang pemuda yang bersembunyi di dalam gua dan tertidur selama 309 tahun kerana lari dari seorang raja zalim yang menekan rakyatnya untuk menyembah selain Allah. 

Kedua, fitnah harta yang jadikan seseorang sombong dan angkuh. Kisah dua orang yang mana satu kaya dan satu miskin. Yang miskin punya akidah yang kuat. Lantas, si miskin menasihatinya tentang kepercayaan kepada Allah dan dirinya yang telah terpedaya dengan harta dunia. Suatu hari, terujilah si kaya dengan apa yang dikagumi olehnya. Harta bendanya dibinasakan oleh Allah sehingga dia menyesal atas perbuatan menyekutukanNya. Adanya ujian dan musibah juga adalah hikmah untuk seseorang balik ke jalan Allah. 

Ketiga, ialah fitnah ilmu kita boleh lihat dalam kisah perjalanan Nabi Musa dan Nabi Khaidir. Akhir sekali, fitnah kuasa dalam kisah Zulqarnain yang diberikan kuasa pemerintahan yang diredhai oleh Allah. Beliau sebagai contoh maharaja yang memiliki kekuasaan timur dan barat, tetapi tidak melupakan prinsip iman dan akhlak.

Orang yang jauh dari Allah bila baca dan faham Al Quran boleh menjadikan mereka balik ke jalan Allah. Allah sebutkan dunia adalah fitnah besar. Fitnah dunia, syaitan, nafsu dan hawa nafsu. Apa dia hawa nafsu? Contoh hawa nafsu ialah hobi seperti tengok TV, main kuda, suka pergi gym dll. 

Apa dimaksudkan dengan dunia? Dunia adalah suatu yang sementara sahaja. Angin datang semua rosak. Alam akhirat adalah yang kekal abadi. Dalam surah Al Baqarah ayat 212 Allah berfirman "Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman". 

Perhiasan adalah seperti harta, anak, kebun dan tanaman serta banyak lagi. Kesibukan dunia, kita boleh tengok waktu solat subuh di masjid. Tak ada ramai orang di masjid tapi ke ofis trafik jam. Rasulullah pernah bersabda kalau dibenarkan, baginda nak bakar rumah orang tak pergi solat ke masjid. Senang jer nak tengok orang lelaki munafik. Mereka tak pergi solat di masjid masa Maghrib dan Subuh. Orang perempuan lebih afhdal solat di bilik masing masing. 

Boleh kah anak tolong? Boleh, caranya dengan jadikan anak solehah. Ajar anak solat ketika mereka umur 7 tahun. Umur 10 tak solat, anak anak boleh pukul. Pakai hijab adalah fardhu wajib ajar mereka dari kecil. Mak ayah sibuk cari duit. Sibuk dengan dunia. Mak ayah kena ikut apa yang Allah dan Nabi suruh.

Adakah duit dan harta boleh tolong di akhirat? Duit boleh tolong di akhirat jika digunakan duit dan harta untuk sedekah jariah. Sebelum mati, kita sendiri kena buat. Buat telaga atau bagi jam di masjid atau bagi ilmu yang kalau orang amal, kita dapat pahala dakwah. Tak perlu jadi ustazah baru nak dakwah. 

Wahai umat Nabi Muhammad, apa jadi bila dunia habis? Gunung ganang hancur berterbangan seperti debu. Bumi jadi licin dan rata masuk dalam bumi termasuk gunung yang kukuh. Apa lagi rumah banglo kita. Semua manusia keluar dari kubur dan bergerak ke Padang Mahsyar. Tiupan sangkala no 1 semua mati, no 2 semua bangun. No 3 semua hadir di Padang Mahsyar. Manusia dibangkitkan dalam keadaan sedih dengan berkaki ayam, rambut kusut masai, tak bersunat dan telanjang. Allah sebut sekarang kamu mengadap Aku seperti bayi baru lahir. Tak bawa apa apa dari dunia kecuali Baqiat Ash Sholihat. 

Surah Al-Kahfi ayat ke-46, disebutkan suatu amalan yang ganjarannya lebih utama dibanding perhiasan dunia yang berupa anak dan harta. Amalan itu adalah al-bâqiyat ash-shâlihât, yang bermaksud:

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh (al-bâqiyat ash-shâlihât) adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

Apa sebenarnya dimaksud al-bâqiyat ash-shâlihât dalam ayat ini? Artinya: “Dan al-bâqiyat ash-shâlihât iaitu subhânallâh, wal hamdulillâh, wa lâ Ilâha illallâh, wa Allâhu akbar, sebahagian ulama menambahkan: wa lâ hawla walâ quwwata illâ billâh—adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan—tegasnya: sesuatu yang mana manusia mencita-citakan dan mengharapkannya di sisi Allah. 

Kesimpulan dalam tafsir ini, bahwa al-bâqiyat ash-shâlihât adalah zikir yang sering kita baca selepas solat, yaitu tasbih (subhânallâh), tahmid (alhamdulillâh), takbir (Allâhu akbar), hawqalah (lâ hawla walâ quwwata illâ billâh), dan tahlil (lâ Ilâha illallâh). 

Baqiyat ash sholihat yang akan di bawa ke akhirat adalah seperti zikir, solat qiamullail, mengaji Quran dan pelbagai amal soleh. Yang ini harus kita fokuskan dalam hidup kita sebagai bekalan. Setakat ini dahulu semoga bermanafaat untuk kita amalkan. 



Saya sebenarnya kurang sangat menggemari kicap atau masakan berkicap. Tak pasti kenapa tapi memang dari kecil pun. Tak pernah makan nasi dengan berkuah kicap seperti mana yang kita tengok orang tuang kicap dari botol ke atas nasi. Tapi sebab anak anak suka, saya akan menyediakan lauk masak kicap bila saya kekeringan idea untuk memasak.  

Saya suka jer sebab memasaknya sangat cepat. Terutama bila ada bibik, saya akan minta dia sediakan ayam goreng. Jadi saya tinggal memasak kuah kicap sahaja. 

Ayam masak kicap ini ada banyak versi, saya memang suka mempelbagaikan cara supaya ada kelainan rasa. Ada ketika yang berkuah, ada ketika yang kicap berpalut pada ayam. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Ayam Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam - lumur garam kunyit dan goreng
2 biji ubi kentang - goreng
2 batang serai
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 sudu besar cili kering kisar
Kicap lemak manis
Garam
½ biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris

Bahan tumbuk:
5 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia 

Cara cara:
Goreng ayam sekadar masak. Angkat dan ketepikan. Goreng pula kentang. Angkat dan ketepikan. 

Menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis serai, rempah penumis dan bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. 

Masukkan kicap dan garam serta sedikit air.

Masukkan ayam dan kentang. Kacau rata. Biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya dan sebati. 

Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah hiris. Kacau rata. Tutup api.





Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap"