Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Isi Ikan Goreng



Sejak beberapa hari lepas, saya mula membaca kisah para Nabi dan Rasul yang sepatutnya kita semua faham dan ketahui. Saya pernah baca dulu tapi kini kiranya secara lebih mendalam dan jelas. Contoh susur galur kalangan Nabi Nabi dalam kaum Bani Israel. Semakin kita faham pengajarannya semakin kita rasa betapa hebatnya perjuangan mereka dahulu. 

Dikisahkan pengikut Nabi Nuh hanya seramai 83 orang selepas 950 tahun berdakwah sehingga baginda merajuk dan berdoa pada Allah supaya ditenggelamkan semua sekali kecuali yang naik bahtera. Allah makbulkan doa Nabi Nuh. Bahtera nabi Nuh dibina dengan bimbingan Allah  

Anak sulung Nabi Nuh sendiri tidak mahu beriman dan tidak mahu ikut naik bahtera Nabi Nuh. Bayangkan kesedihan Nabi Nuh ketika anaknya tidak mahu mengikut beliau.  

Cuma dengan bahtera yang begitu besar sebanyak 3 tingkat dengan di bawah sekali haiwan haiwan liar secara berpasangan, teknologi apa yang diguna oleh Nabi Nuh untuk berkomunikasi dengan anak beliau ketika mengajak naik ke bahtera. 

Belum lagi kita fikir makanan apa yang dimakan oleh haiwan haiwan tersebut sepanjang di dalam bahtera. Ia menjadikan saya ingin membaca dan terus mencari ilmu seterusnya. Jom semua sama sama kita mempelajari sejarah nabi dan rasul rasul Ulul Azmi.


Saya memang suka sangat nasi goreng yang dimasak simple macam ni. Tak perlu nak letak sos sos atau perisa cendawan dsb. Tekak anak kampung macam saya, memang tidak akan berubah walaupun dah 40 tahun saya meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Kuala Lumpur. 

Makanan paling sedap adalah makanan yang kita makan masa kecil. Betul tak? Sehingga kini masih teringat keenakan kuih tepung bungkus di kampung dulu. Tak pernah lagi jumpa kuih sesedap itu sehingga kini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Nasi Goreng Isi Ikan Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih sejuk
1 ekor ikan goreng - ambil isi
½ sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai
2 biji telur
Garam
Minyak masak

Bahan hiris:
4-5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing serta bawang sedikit keperangan.

Masukkan isi ikan dan kacau rata. Masukkan telur dan biarkan telur separuh masak, baru dimasukkan nasi dan kacau rata. 

Masukkan garam secukupnya. Besarkan api dan kacau rata sehingga nasi berwap dan meletup letup. Tutup api. 


1 ulasan for "Nasi Goreng Isi Ikan Goreng"