Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Ayam



Alhamdulillah kita bertemu lagi. Haa dah klik iklan yang keluar di blog ke belum. Dah klik follow blog ke belum? Kalau belum, boleh lah support blogger macam saya dengan klik apa apa yang patut. Terima kasih atas kerjasama anda semua. 

Sebenarnya kita beruntung hidup di zaman adanya media socia di mana semua ilmu ada di hujung jari sahaja. Jika dulu dulu, nak belajar agama samada kita kena pergi ke surau surau atau masjid atau beli buku buku agama sebagai rujukan. 

Sekarang sangat mudah. Hanya taip sahaja di tik tok, atau di google, keluar banyak video ceramah dan kuliah ustaz dan ustazah. Tapi jangan lupa di zaman socia media ini juga, dosa dan fitnah lebih mudah tersebar dan kita juga mudah mendapat bahagian dosa. 

Kalau nak pahala, kita kongsikan segala ilmu dan kebaikan untuk dirujuk oleh kawan kawan atau saudara mara. Jangan sebarkan perkara yang tidak baik. Tak perlu nak follow artis artis yang berpakaian seksi dan tidak memberi apa apa kebaikan pun kita. 

Lebih lebih lagi masa nak pilihanraya negeri ini, ramai ahli politik kata mengata di media socia yang disebarkan. Itu tak apa lagi, yang menakutkan adalah pembohongan di sana sini. 

Ramai orang sekarang tak takut lagi dengan dosa. Berbohong dan menipu berapa ramai umat manusia, macam mana nak minta maaf kala nak mati dengan orang yang kita bohongi. Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat. 


Sebelum anda melihat resipi, ingin saya tekankan di sini bahawa lauk saya hari ini bukan masak lemak cili padi Nogori yang hanya guna cili padi dan kunyit hidup sahaja. Tidak tidak tidak ya. Tempat lain juga ada masak lemak cili padi. Yang ini cara saya sendiri lah. 

Tak kisah cara mana pun, yang penting sedap di tekak kita dan menjadi kegemaran famili kita. Ada ketika saya akan letak juga halia dan buah keras. Jika rasa tak nak letak pun, ok juga. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Masak Lemak Cili Padi Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
Garam
Serbuk kunyit
½ sudu besar kunyit hidup tumbuk 
2 helai daun kunyit
1 batang serai
2 asam keping
Santan segar pekat

Bahan kisar:
1 biji cili merah
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih

Cara cara:
Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Biarkan dalam 30 minit.  Masukkan ayam ke dalam kuali dan nyalakan api dan biarkan sehingga kulit ayam menjadi terik. 


Masukkan bahan kisar dan masak sehingga ianya hampir kering. Masukkan air atau santan cair, asam keping, daun kunyit dan biarkan sehingga ayam empuk dan hampir kering.


Masukkan santan segar pekat dan kacau rata. Jika belum cukup masin, boleh tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Tutup api. 




Catat Ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Ayam"