Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Percik Kelantan



Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami apabila termeterainya akad pernikahan yang sah. Namun ada juga sesetengah suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri. Dengan alasan tidak cukup duit.

Ustaz Mohammad Wadi Annuar dalam petikan satu daripada ceramahnya berkata, adalah berdosa jika suami mengabaikan tanggungjawab itu. Sabda Nabi SAW, daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (Riwayat Abu Daud - 1692)

"Berdosa si suami jika dia mengabaikan tanggungjawab (nafkah) kepada si isteri untuk satu hari dan jika dalam masa satu hari ada dua kali makan, jadi si suami akan mendapat dua kali dosa. Jika ada anak-anak, maka akan berganda dosa yang ditanggung suami," jelas Wadi Anuar.

Tapi berapa ramai jer yang merasa gerun dengan ancaman dosa kerana tidak mematuhi perintah ini. Zaman sekarang, ramai tidak kisah dan tak takut pun dengan perkataan dosa. Mereka lebih memberi keutamaan membelanjakan masa dan wang ringgit kepada perkara yang tidak menjadi tanggungjawab mereka. 


Semasa balik kampung sempena hari raya Haji baru baru ini, saya singgah beli lauk di restoran Mok Yoh Pak Kob dan beli seekor ikan percik yang memang last pun. Masya Allah rasanya sangat sedap dan sangat authentic Kelantan gitu. 

Dah balik sini beberapa hari pun, saya masih teringat ingat. Jadi semalam saya singgah kedai runcit untuk beli 3 ekor ikan kembung. Cadangannya memang khas untuk buat ikan percik. 

Kalau di kampung dulu, kita akan cucuk ikan dengan lidi dari ekor sehingga ke bawah kepala ikan. Ianya  supaya ikan tidak patah ketika dibakar. Maklum zaman dulu, ikan dibakar dengan menggunakan perangan yang dibuat dari buluh yang dibelah dua. Ikan akan disepit di tengah tengahnya. Bukan menggunakan jaring seperti sekarang. 

Apa apa pun, sangat puashati kerana terubat rindu nak makan ikan percik Kelantan. Saya buat kuah lebih untuk dicicah dengan ikan juga. Maklumlah percik yang melekat di ikan tidak lah tebal dan banyak pun. Kuah percik tu lah yang sedap kan.

Walaupun sesama Kelantan, cara memasak kuah percik juga berbeza. Ada yang tidak masukkan bawang putih, ada juga yang masukkan sedikit lengkuas dan macam macam lain. Kuah percik ini mesti ada rasa manis lebih sedikit dari rasa masam dan masin. Ada yang guna gula melaka dan ada yang guna gula pasir sahaja. Semua beza beza ikut citarasa masing masing. Tapi kebanyakannya resipi seperti yang saya guna di bawah ini.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Ikan Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ikan kembung - lumur garam dan serbuk kunyit
400 ml santan segar
1 sudu besar cili kering
1 keping asam keping - atau air asam jawa
2 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung beras + sedikit air

Bahan kisar:
5 biji bawang merah - 100 gram
1 ulas bawang putih - 6 gram
1 inci halia - 4 gram
1 batang serai - 8 gram

Cara cara:
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Lenser minyak pada jaring pembakar ikan. Susun ikan dan bakar sehingga masak. 



Satukan semua bahan kisar dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung beras. Masak sehingga mendidih. Masukkan air bancuhan tepung beras untuk memekatkan kuah percik. Angkat dan ketepikan. 


Siram atau celup ikan yang telah dibakar dengan kuah percik secara berulang kali dan bakar lagi. 




Separuh dari kuah percik dimasak sehingga pekat. Siap dan sedia untuk dihidangkan. 


Catat Ulasan for "Ikan Percik Kelantan"