Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hati Goreng Kunyit Mudah Dan Sedap


Dah subscribe blog saya? Dah klik follow dan dah klik iklan di blog saya? Jika ya, terima kasih banyak banyak atas sokongan. Masih di musim rumah rumah ada daging korban kan? Apalagi daging dan tulang korban kami untuk 1 bahagian ialah 52 kg. Memang banyak nak di habiskan bahagian kita. 2/3 telah diagihkan kepada orang kampung serta orang fakir miskin.

Jadi rumah kami ini dalam seminggu berhari hari juga memasak lauk berasaskan daging korban. Tak boleh setiap hari juga kerana Nana dengan Alain tak makan daging dalam jumlah yang banyak. Mereka mengurangkan pengambilan daging merah. Tapi kalau lama sangat dalam peti pun, tak boleh juga.

Sebelum itu, saya melihat satu video berkenaan dengan umur. Sebelum ini pun banyak kali juga dengar ulasan perkara yang sama. Satu pesanan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas terutamanya, ini adalah umur di masa kecederaan dalam perlawanan bola. Kena ambil sebaik mungkin peluang yang ada untuk menang. Perbanyakkan melakukan solat sunat seperti solat Nawafil, solat Dhuha dsb. 

Sesiapa yang melazimi solat Dhuha, akan disediakan untuk mereka pintu syurga khusus di surga kelak, iaitu pintu yang dinamakan pintu Dhuha. Dengan demikian, maka jelaslah bahwa orang yang tekun mengerjakan sholat dhuha memiliki kedudukan yang tinggi di mata Allah, sehingga dibuatkan pintu tersendiri untuk memasuki surga. 

Dalam hadits disebutkan, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:“Sesungguhnya di surga ada salah satu pintu yang dinamakan pintu dhuha, bila datang hari kiamat malaikat penjaga surga memanggil, mana ia yang melazimkan solat dhuha inilah pintu kalian, maka masukilah dengan kasih sayang Allah” (HR. Thabrani).

Kalau dah umur 60an macam ni tapi masih bersukaria dengan dunia, masih cintakan dunia, rasanya kita patut merasa kesian kerana mereka tidak diberikan hidayah untuk berbuat amal soleh sebagai bekalan. Hidayah juga perlu dicari, perlu dipohon dari Allah. Tidak akan datang begitu sahaja. 

Kalau yang wanita, masih berbaju ketat mengikut sosok badan, memang tak sesuai bukan sahaja dilarang tapi buruk mata memandang dengan benjolan di sana sini. 

Yang lelaki pula, sepatutnya ambil masa untuk mentaati perintah Allah seperti bangun untuk qiamullail, pergi solat berjemaah di masjid, lebih lebih lagi solat Subuh. Bukan lagi mengutamakan dunia yang telah menghinakan di dunia dan akan lebih hina di akhirat. Dunia adalah penuh dengan tipu dan daya serta kegembiraan yang palsu semata mata.


Saya memang peminat lauk hati lembu tapi sekarang sejak ada pengetahuan tentang kandungan kolesterol dalam makanan, saya mula mengurangkan jumlah pengambilan. 

Tapi itu lah anak anak semua tak makan samada tak suka hati lembu atau tak makan organ dalaman. Jadi saya memang rasa tak berbaloi untuk beli hati dan memasak di rumah. 

Yang saya masak hari ini menggunakan hati dari daging korban baru baru ini. Masa saya kecil dulu seronok sangat kerana apa yang dimasak, kami makan semuanya. Kalau kepala lembu, arwah ayah akan menyiang kepala untuk diambil otak lembu. Wallaa sedap otak lembu dimasak kurma. Tapi sayang kerana kini, saya pun dah tak makan otak lembu. Risau kan kolesterol yang tinggi. 

Untuk hati lembu hari ini, saya masak goreng kunyit sahaja. Tapi untuk mengurangkan bau hati, saya masukkan halia, bawang putih dan serbuk lada hitam. Saya masukkan juga sedikit sos tiram. Mudah dan cepat jer disediakan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..

Hati Goreng Kunyit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
200 gram hati lembu
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk kunyit

Bahan lain:
1 inci halia - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 mangkuk kacang bunci
½ biji bawang besar Holland - hiris
Cili hidup merah dan hijau - hiris
½ sudu kecil lada hitam tumbuk
1 sudu besar sos tiram

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan halia dan bawang putih. Masukkan hati perap tadi. Kacau rata.

Masukkan sedikit air dan masak sehingga empuk. Nota: hati tidak boleh dimasak terlalu lama, akan jadi liat

Setelah terbit minyak, masukkan lada hitam dan sos tiram. Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili. Kacau rata dan tutup api.



Catat Ulasan for "Hati Goreng Kunyit Mudah Dan Sedap"