Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Goreng Kunyit Versi Kelantan



Alhamdulillah kerana selsema dan batuk saya beransur baik. Namun yang mendatang pulak ialah allergy, merah dan bengkak seluruh badan. Walaupun tidak banyak tapi gatal dan miang rasanya. 

Saya percaya setiap ujian yang didatangkan pasti ada hikmahnya. Setiap sakit akan menjadi penghapus dosa kecil. Kalau ikut ustaz, dosa kecil sahaja. Dosa besar mesti dengan bertaubat, mengikut syarat syaratnya. 

Dalam kehidupan dunia yang sementara dan penuh dengan main main ini, kadang kita tertipu dengan kesibukan kerja dan keseronokan berkawan sehingga tiada masa untuk menuntut ilmu. Terlupa usia makin hari makin singkat, kubur memanggil manggil. 

Mencari ilmu di zaman sekarang, cukup mudah. Tak sempat ke masjid untuk majlis ilmu, boleh dapatkan di hujung jari sahaja. Kita kena ingat beramal tanpa ilmu, menyebabkan amalan kita sia sia dan tidak diterima. 

Apalagi ada ilmu tanpa amalan. Tahu tapi tak buat. Tahu bohong tu tak baik tapi mulut selalu bercakap bohong sehingga ke perkara yang tidak memerlukan kita berbohong pun.  

Cukup setakat ini dahulu. Tak perlu jadi alim ulamak untuk berpesan pesan pada kebaikan. Apa lagi mengherdik orang yang berpesan pesan dengan kata kata macam lah alim sangat. Nilai nilai murni sebegini, saya diajar dari kecil lagi. Saya memang tidak pandai berbohong. 


Pada saya, inilah lauk yang mudah tetapi sebenarnya susah untuk menjadikan sedap seperti mana daging goreng kunyit yang dimasak di Kelantan. Dagingnya tidak boleh direbus sehingga air kering kerana ia akan menjadikan daging keras. 

Begitu juga daging tidak boleh digoreng garing kerana ia akan menjadikan daging liat. Jadi macam mana caranya? Sebelum air merebus daging kering, masukkan minyak. Kiranya kita rebus daging bersama air dan minyak. 

Setelah air kering, goreng seketika sahaja jangan sampai daging keperangan.  Masa dihidangkan, ceduk sedikit minyak bersama daging. Jangan hanya ceduk daging sahaja.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Daging Goreng Kunyit Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram daging
1 biji bawang besar
3-4 biji lada solok - lagi sedap
Garam
Serbuk kunyit
Kunyit hidup
Sedikit gula
Perasa aji
Minyak masak

Cara cara:
Hiris daging lebar dan sederhana tebal, jangan terlalu nipis. Lumur garam dan serbuk kunyit serta kunyit hidup. Masukkan air secukupnya untuk rebus sehingga daging empuk. Masukkan sedikit gula. 

Setelah daging empuk dan air hampir kering (belum kering tau), masukkan minyak masak. Kacau rata sehingga terbit minyak. 

Masukkan bawang besar dan cili hiris. Masukkan serbuk perasa aji. Kacau rata dan bolehlah ditutup api.

Sedia untuk dinikmati.

Nota:
Perasa aji no moto memang dikira wajib untuk lauk ini. Tapi jika tak suka, boleh skip dan jangan kecam orang yang menggunakannya.



1 ulasan for "Daging Goreng Kunyit Versi Kelantan"

  1. Simple je resipi tapi nampak sedap
    kalau pedas confirm sedap

    BalasPadam