Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Daging Melaka



Walaupun saya bukan ustazah, bukan alim ulamak seperti yang dikatakan oleh seseorang pada saya, saya tetap ingin kongsikan apa yang saya pelajari di blog ini. Dengan perkongsian ini, ianya akan menambahkan ingatan dan kefahaman saya. Selain itu, diharapkan agar mereka yang membacanya juga mendapat manafaat dunia dan akhirat. Aamiin.

Kali ini dari kuliah zoom Ustazah Dato Norhafizah Musa siri 9 berkenaan menggapai cinta Allah. Mencintai Allah bukan satu pilihan pada kita. Bukan macam cinta biasa, tak ada pun tak apa. Tapi cintai Allah ada satu tanggungjawab kita untuk menggapainya. 

Apakah amalan yang disebut Rasulullah sebagai amalan yang jadi jalan untuk Allah mencintai kita. Bagi Allah tiada perbandingan dengan apa pun. Tapi untuk senang faham. Bagi analogi, contoh kita nak ambil hati, nak disayangi oleh seseorang, bukan kah kita kena tahu apa yang dia sukai dan yang tak sukai? Apa masakan dia suka, apa tempat cuti yang dia suka pergi. Kita letak satu fokus besar pada apa yang dia sukai dan tak sukai untuk dapat nikmat cinta dia. Itu baru kes nak dapat cintai manusia. 

Apa lagi untuk nak dapat cinta Allah, ianya bukan pilihan. Kena jadikan cinta Allah dan Rasul lebih dari semua yang kita ada, kamu nantilah ketetapan dari Allah. Dalam hidup kita, Allah lah yang patut kita paling cintai. Betapa pentingnya untuk kita fokuskan hidup kita untuk mencintai Allah. Jadi kena tahu apa yang Allah suka untuk membawa pada apa yang Allah cinta.

Apa yang Allah sukai dari hambaNya? Disebut dari lisan Rasulullah bahawa Allah suka sesuatu yang berkait dengan Al Quran. Jadi kita tak boleh jauh dengan Al Quran. Tak boleh ambil ala kadar. Ambil 2 surah sebagai contoh surah Al ikhlas dan surah Al Falaq. Ada riwayat Aisyah Rasulullah telah mengutus seseorang shariah yang tidak dipimpin oleh Nabi. Orang yang diutus itu jadi imam dan beliau hanya membaca surah Al Ikhlas berkali kali. Ketika ditanya, jawabnya surah itu mengandungi sifat Tuhan, keesaan Allah. Mereka kemudian balik dan tanya Rasulullah. Jawab Rasulullah, kamu beritahu dengan dia sesungguhnya Allah mencintai dia. Pertama kerana dasyat nya surah Al ikhlas itu sendiri, tauhid keesaan Allah. Kedua, lelaki tadi mengamalkan surah Al Ikhlas dengan rasa cinta. 

Surah Al Ikhlas ini berkenaan Allah, sifat Allah. Kita lakukan kerana cinta pada Allah. Rajin baca surah Al Ikhlas pun dapat rasa cinta Allah. Kedua, apa yang mendorong kenapa kita lakukan amalan tersebut. Apa dorong aku untuk puasa, untuk sedekah. Apa? Bimbang kalau tumpuan kita pada dunia menjadikan dorongan kita berpuasa, bersedekah. Buat baik kerana apa? Mungkin dorongan untuk dapat kuasa. 

Ada orang berbuat baik sebagai tanda kesyukuran pada nikmat yang Allah berikan. Syukur atas nikmat mata yang Allah berikan, dah pakai berapa tahun, telinga dah guna bertahun tahun. Dengan rasa syukur atas nikmat Allah boleh mendorong rasa cinta pada Allah. Saya nak buat apa sahaka amalan yang boleh mendekatkan dengan Allah. Akan dibalas dengan cinta. 

Bagaimana hebat amalan terkait dengan Al Quran. Utamanya orang membaca surah Al Falaq. Dari Uqbah bin Amir aku dekatkan diriku dengan Rasulullah. Wahai Rasulullah, bacakan surah Hud dan surah Yusof. Lalu nabi menjawab sesungguhnya kamu tak akan baca surah dalam Al Quran yang lebih Allah cintai dari surah Al Falaq. Yang Allah suka, yang kita nak buat. Berapa banyak kita baca surah surah ini. Surah agung di sisi Allah. Kita baca untuk dapat cintai Allah. Kita nak apa? Ada orang baca untuk dapat fadhilatnya. 

Bayangkan orang yang hidup dengan Al Quran. Ini memang jalannya untuk menggapai cinta Allah. Kenapa surah Al Falaq sangat Allah cintai? Ada hikmah antara lain gambaran pergantungan jiwa seorang hamba pada Allah. Penyerahan penuh pada Allah minta perlindungan dari syaitan dan dengki. Minta Allah jaga kita. Bila syaitan dengar sesama mereka bercakap dalam keadaan kecewa, kita nak buat apa lagi dg orang yang Allah bagi perlindungan pada dia. Semudah baca bismillahi tawakkal tu alallaah. Kita minta perlindungan Allah. 

Allah tak suka hamba yang sombong. Jangan sandar diri pada manusia pada body guard. Sifat tawakkal adalah sifat segera membawa kita mendapat cinta Allah, menjadi jalan mendapat cinta Allah. Bila dah usaha, tawakkal pada Allah. Kita minta berlindung dari Allah. Sebelum tidur dengan mendapat cinta Allah. 

Hadis selanjutnya daripada Abu Hurairah sabda Nabi sesungguhnya Allah berfirman siapa golongan yang Allah cintai. Pertama, jangan musuhi wali Allah, alim ulamak yang kita nampak taqwanya pada Allah. Nampak barakah hidup dia. Jangan musuhi wali ku. Memusuhi mereka, adalah umpama istihar perang dengan Aku. 

Kedua, buat benda yang wajib kerana nak dapat keredaan dan cinta Allah. Buat sesempurnanya. Perbaiki solat kita. Perbaiki perkara yang fardhu ain. Memang itu lah jalannya. Utamakan perintah yang Allah wajibkan. Solat, zakat dsb. Lepas tu, usahalah beramal yang sunat pulak. Bila buat amalan, amalan ada peranan untuk bersihkan. Tak tahu macam mana nak bersih hati. Mujahadah dengan tinggal benda haram dan makruh. Ada peranan. Untuk bersih hati. Ibadah yang kita buat seumpama mesin yang boleh cari yang mana yang lemah, kotor dan kurang. Kena pertingkatkan ibadah tersebut untuk menyuci hati. Sampai berkilat bersinar bercahaya. Jadi bila kita faham tentang peranan ibadah tersebut, kena tambah amal soleh lagi. 

Ketiga, kamu perbanyakkan lah amalan sunat hingga aku mencintai kamu. Kita boleh rasa amalan kita sikit. Jadi kita tambah dan tambah lagi. Yang kena dikukuhkan ada lah keimanan dan keikhlasan. Kita nak pandangan Allah bukan manusia. Kita yakin kita berada dalam lindungan Allah. Kita berada atas landasan yang benar. 

Untuk ini, kita kena berguru. Keretapi akan kuat bila berada atas rel. Kalau keluar dari rel, boleh accident keretapi tu. Habis hancur. Berpegang dengan kebenaran adalah satu kekuatan. Yakin kita berada atas jalan yang benar. Minta dengan Allah agar kita terus istiqamaoh. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat buat kita semua.


Sementara masih banyak stock daging korban di rumah, menu di rumah saya sekarang ini, banyak berasaskan daging. Hahaha setahun sekali kan. Kalau musim biasa, saya jarang beli daging atau masak daging pertama kerana nak kurangkan pengambilan daging merah bila dah berusia ni. Anak menantu saya pun menjaga makan dan tidak kerap mengambil daging. 

Nampak tak dalam asam pedas saya ada macam duri duri. Itu namanya daging duri pandan ianya merupakan daging di bahagian pipi lembu. Sedap juga dimasak sup atau digoreng begitu sahaja untuk daging bahagian pipi. 

Resipi daging asam pedas saya hari ini saya dipelajari dari sahabat saya, orang Melaka.  Katanya resipi di Melaka juga pelbagai dan macam macam cara,  jadi kalau nak cari satu resipi standard macam masak lemak cili padi Nogori, memang tak jumpa lah. 


Ada orang masukkan jintan dan ketumbar di dalam resipi asam pedas daging. Tapi resipi mak sahabat saya ni tak guna semua tu. Jangan gaduh bab resipi. Raikan perbezaan kerana akhirnya ia terpulang pada citarasa dan tekak masing masing. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Asam Pedas Daging Melaka 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ kg daging tetel
5 sudu besar cili kering kisar 
½ sudu besar pes asam jawa 
½ sudu besar garam kasar
600 ml air 
4-5 helai daun limau purut
2 batang serai
1 ½ sudu besar kerisik kelapa
½ cawan minyak 

Bahan kisar:
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 ½ inci kunyit hidup
2 inci halia 
2 biji buah keras

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan serai sehingga naik bau dan terbit minyak. Nota: untuk sedap mesti tumis lama lama sehingga benar benar masak dan garing. 

Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga daging empuk.

Masukkan garam, serbuk perasa dan daun limau purut. Kacau rata. 


Nota:
Kuah untuk asam pedas daging mesti sedikit pekat berbanding kuah asam pedas ikan. 

Ada juga yang memasukkan ubi kentang, jika suka. 

Daging boleh direbus terlebih dahulu, masukkan dalam peti ais dan boleh keluarkan lapisan lemak beku di permukaannya.


Catat Ulasan for "Asam Pedas Daging Melaka"