Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tom Yam Putih Yang Mudah dan Amalan Bulan Zulhijjah



Sebelum kita masuk bab resipi tom yam, jom baca dulu sedikit berkenaan dengan ilmu. Saya kongsikan sedikit petikan dari kuliah Zoom oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Ashraff Suarin berkenaan kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Alhamdulillah hari ini kita sekarang berada dalam saat istimewa yang disebutkan sebagai amalan terbaik iaitu berada dalam 10 awal bulan Zulhijjah. Perbanyakkan bertakbir dan memuji Allah. Inilah matlamat sebenar hidup kita. Bukan membesarkan dunia. 

Kelebihan amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ialah ianya memberi pahala yang lebih besar dari jihad. Rasulullah bersabda dalam hadis riwayat Al Bukhari tiada amalan dilakukan hari lain yang lebih baik dari 10 hari Zulhijjah. Tidak juga jihad, melainkan nyawa terkorban dan harta hilang. Kalau balik selamat, maknanya jihad perang tersebut tidak lebih besar pahalanya dari amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. 

Ianya adalah amalan terbaik dalam hidup. Bila Allah bagi kita hidup sehingga 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan kita lakukan  solat, qiamullail, korban maka ianya lebih baik dari bulan lain. Ini lah peluang untuk kita rebut. Sebab ia jadi lebih utama kerana himpunkan semua amalan utama dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Tiada dalam bulan lain. 

Kedua, 10 hari pertama bulan Zulhiijjah ialah hari paling baik dalam setahun. Sabda Nabi bermaksud "Sebaik hari dalam dunia ini ialah 10 pertama hari Zulhijjah". Jangan sia siakan. Ianya lebih afhdal dari 10 hari akhir Ramadhan. 10 malam akhir Ramadhan lebih baik dari 10 malam awal Zulhijjah. Ianya juga kerana Zulhijjah adalah hari yang dicintai Allah. Sabda Nabi, tiada hari yang lebih besar di sisi Allah supaya kita beramal melainkan 10 awal Zulhijjah. Jadi perbanyakkan takbir tahlil dan tahmid. 

Apa amalan sunnah yang patut kita lakukan? Pertama, jangan potong atau cabut kuku atau rambut untuk orang melakukan ibadah korban.

Kedua, berpuasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Puasa pada 9 zulhijjah iaitu pada hari mereka yang mengerjakan Haji berwukuf di padang Arafah. Kerana harapkan pahala akan hapuskan dosa selama dua tahun iaitu setahun sebelum dan sesudahnya. Ini adalah hadis sahih. 

Perbanyakkan doa yang kita lafaz terutama pada 9 Zulhijjah. Doa sangat mustajab sampai di dengar Allah. Sebaik doa adalah doa yang dibaca di padang arafah. Sebaik zikir ialah "La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lah, lahulmulku wa lahulhamdu, yuhyi wayumit, wa Huwa 'ala kulli sha'in Qadir" Ertinya, “Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)" (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi. 

Perbanyakkan doa dan zikir. Tiada yang paling ramai Allah bebaskan hamba dari neraka, delete nama kita dan lepaskan ialah pada hari arafah. Allah banggakan mereka depan malaikat. Selepas subuh dan maghrib, baca Allahumma Ajirna sebanyak 7 kali. "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)


Ke4, hidupkan suasana raya dengan perbanyakkan bertakbir. Hadis sahih riwayat Tabrani sehingga orang ramai turut bertakbir keluar ke pasar. Takbir ada 2 jenis iaitu takbir mutlak bermula sebaik terbenam matahari pada hari raya hingga iman angkat takbjr untuk solat hari raya. Kedua, takbir bermula solat subuh hari Arafah pada 9 zulhijjah sehingga selesai solat Asar Hari Tasyrid pada 13 Zulhijjah. Perbanykkan zikir kerana tiada satu hari yang pahala lebih besar di sisi Allah dan paling dicintai Allah dengan bertakbir, tahlil dan tahmid. 

Kelima, berhimpun dalam majlis ilmu di mana ada malaikat mengadu pada Allah mereka memperbesarkan Allah, maka rahmatilah mereka. 

Keenam, perbanyakkan sedekah dan kebaikan akan pelihara kamu dari sebarang perkara buruk. Kisah seorang hartawan dan dermawan yang bagaimana dia dapat haji tanpa pergi haji. Semasa dalam perjalanan untuk menunaikan Haji, beliau terserempak dengan seorang anak dan ibu yang susah. Kesian pada anak dan sibuk menolong sehingga habis kerja sibuk. Jiran cakap nampak dia sedang bahagi makanan pada orang di Padang Arafah. 

Ketujuh, mungkin ini Zulhijjah kita yang terakhir. Jangan berkira bagi makan kat orang dan cakap benda yang baik baik. Mudah mudahan haji kita mabrur. Cakap benda baik dan suka sebarkan salam. Salam adalah juga doa mohon kesejahtteraan. 

Kelapan, amalan mentadabbur ayat Al Quran. Faham isi Al Quran. Seterusnya ialah lakukan ibadah korban bagi yang mampu. Niat kan untuk nama orang yang hidup dan pahala pada yang mreka yang telah meninggal. Jika kita melakukan korban seekor kambing/biri biri, kita boleh niat pahala untuk arwah mak bapa kita. 1 kambing hanya 1 nama. Akhir sekali ke10, makan daging korban dan beri sedekah daging korban pada orang miskin. Ke 11, ialah larangan puasa pada hari hari  tasyrik.



Saya tengok resipi ini di tiktok, jadi saya terus mencuba kerana melihat resipinya yang diberikan sukatan bahan yang digunakan. Kadang kadang orang tak faham apa itu resipi. Bila ditanya mereka akan menyenaraikan bahan yang digunakan. 

Hmm pada saya lah, itu bukan resipi. Resipi haruslah membantu untuk kita memasak seperti resipi asal atau hampir keenakannya dengan resipi yang dimasak oleh orang yang mengajar. Kalau sekadar menyenaraikan bawang putih, bawang merah, halia, pada saya itu tak cukup untuk dipanggil sebagai resipi. Betul tak? Kalau tak ingat sukatan tepat kerana memasak ala campak campakan, bagi lah anggaran. Kalau kita memasak, pasti kita tahu berapa kuantiti bahan yang kita gunakan.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Tom Yam Putih Yang Mudah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 ekor udang
2 ekor sotong
1 biji bawang besar Holland - hiris
½ biji buah tomato
4 helai daun limau purut - kerat
4 batang serai - hiris serong
Bunga kubis
Batang saderi - tak letak sebab tak ada stock 
½ biji karot
Sedikit susu cair

Bahan Perisa:
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk pati ayam 
2 sudu kecil gula
4 sudu kecil kicap sotong 
4 hiris limau nipis - 2 biji
2 sudu susu cair - opsyenal

Cara cara ;
Masak 500 ml air atau secukupnya. Masukkan semua bahan. Setelah mendidih, masukkan bahan perisa.  Tutup api. 

Akhir sekali, sebelum dihidangkan tabur daun ketumbar.





Catat Ulasan for "Tom Yam Putih Yang Mudah dan Amalan Bulan Zulhijjah "