Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ayam Simple



Saya ingin kongsikan petikan dalam soal jawab semasa Kuliah Zoom Ustaz Md Esa Deraman berkenaan suami berhutang duit isteri. 

Saya percaya zaman sekarang perkara ini banyak berlaku bila ada isteri yang bekerja. Tidak seperti dulu, isteri ramai tidak bekerja dan menjadi suri rumah sahaja. Suami yang menanggung segala perbelanjaan keluarga. Namun kini, keadaan ekonomi semasa yang agak keras sehingga suami tidak mampu menanggung keluarga sehingga perlu  meminta pertolongan isteri termasuk berhutang dengan isteri.  

Para suami yang berhutang dengan isteri, dia wajib untuk membayar sebagaimana hutang hutang yang lain. Tanggungjawab bayar hutang berkekalan sampai bila bila. 

Suami dan isteri ada harta masing masing. Setiap harta ada hak masing masing. Isteri ada hak pada hartanya. Begitu juga sebaliknya melainkan hak nafkah. Macam mana susah pun suami tetap kena bagi nafkah pada isteri.

Kalau suami tak mampu bayar hutang, beri tempoh atau dihalalkan maka isteri akan dapat pahala besar. Atau kalau suami mati, ambil harta pusaka suami untuk lunas hutang tersebut sebelum dibahagikan mengikut faraid.

Tidak membayar hutang adalah perkara yang tidak boleh diambil remeh kerana urusan di akhirat yang terlalu berat untuk ditanggung. Ini adalah kerana urusniaga di sana hanya lah dosa dan pahala. Tiada lagi duit ringgit seperti dunia. Jadi jika ada berhutang tak kira dengan sesiapa sahaja, perlu dilunaskan sebelum kita meninggalkan dunia ini. Semoga bermanafaat. 



Saya menyediakan lauk sup ayam untuk lauk makan malam kerana Ammar suka makan nasi dengan lauk ayam dan kuah sup seperti ini. 

Lagi pula memasak sup ini sangat mudah dan cepat. Sekejap jer dah siap. Sekali sekala kita masak masakan sihat untuk keluarga kan. Hahaha. Saya pun dapat lebihkan masa berehat dari terperuk di dapur lama lama. Walaupun ada maid, saya memasak sendiri.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sup Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ ekor ayam
1 biji ubi kentang
1 batang karot
4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
1 sudu besar rempah sup
1 sup bunjut
Garam
Daun sup
Bawang goreng 
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan sup bunjut dan rempah sup dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan biarkan rempah sup terbit minyak.

Masukkan ayam dan ubi kentang serta karot. Kacau rata sehingga air ayam kering dan rempah tumisan terbit minyak.

Masukkan air secukupnya dan masak sehingga ayam masak dan ubi empuk.

Masukkan garam, daun sup dan bawang goreng. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 


Catat Ulasan for "Sup Ayam Simple "