Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Petai


Setiap dari kita kebanyakannya menpunyai handphone yang dibawa dan dikelek sepanjang masa. Begitulah handphone menjadi teman setia di zaman ini. Tapi berapa ramai dari kita yang menpunyai Al Quran sendiri? Al Quran adalah suatu yang perlu menjadi teman setia kita setiap hari. Yang kita perlu baca setiap hari. Tidak boleh dikongsi.

Ini adalah kerana Al Quran yang akan menjadi peneman kita di dalam kubur, yang akan memberikan cahaya di dalam kegelapan kubur. Dalam keluarga saya, sejak kecil kami menpunyai Al Quran masing masing. Sejak kecil sehingga sekarang, saya menpunyai Al Quran yang saya bawa turun setiap pagi dan bawa naik bilik setiap malam. 

Saya juga memiliki banyak naskah Al Quran termasuk yang bersaiz besar untuk membolehkan saya mudah membacanya. Selain itu, saya juga menpunyai naskah yang datang dengan pen digital. Saya biasanya memberi peluang untuk anak anak membeli naskah Al Quran untuk saya walaupun saya boleh membelinya sendiri. 

Jom sama sama kita pastikan ahli keluarga kita menpunyai naskah Al Quran dan membacanya setiap hari. Paling tidak, yang dapat kita lakukan ialah memberi peringatan video atau catatan berkaitan dengan Al Quran untuk mereka dengar. Mana tahu, kalau satu hari mereka akan ingat peringatan dan pesanan kita.  


Saya belajar cara membuat sambal ikan bilis dari Cik In isteri Haji Razali, jiran sekampung semasa kami kecil. Nampak gambar yang di kongsikan dalam facebook macam sedap sekali. Kemudian baru saya tahu yang sambal tidak digoreng tapi direndam air panas dan dimasukkan setelah sambal dah siap masak.

Haa sambal tumis ikan bilis kan ada pelbagai cara. Jadi kita kena mencubanya semua. Tak boleh hanya nak cuba satu cara sahaja. Nanti kita tak tahu kot ada cara lain yang lebih sedap dan sesuai dengan selera kita. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan kisar:
5-6 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 ½ sudu besar cili kering kisar

Bahan bahan:
50 gram ikan bilis
1 genggam isi petai 
½ sudu kecil garam atau secukupnya 
1 keping asam keping
1 sudu besar gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan garam sehingga terbit minyak. Masukkan gula dan serbuk perasa aji. Sesuaikan rasa. 


Setelah sambal dah masak dan secukup rasa, baru masukkan ikan bilis. Kacau rata.


Akhir sekali, masukkan petai. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati.



Nota:
Basuh ikan bilis dengan air panas dan tos.

Kuantiti gula bergantung kepada kepedasan cili kering yang digunakan.




Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Petai "