Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak



Alhamdulillah hari ini saya diberikan ruang dan peluang untuk berkongsi resipi di blog Azie Kitchen. Haa jangan lupa untuk follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di atas blog ini. Terima kasih. Sebelum itu, saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom tafsir surah Al Baqarah oleh Dato Dr Ustazah Fatma Elzahra.

Surah Al-Baqarah iaitu surah ke2 dan surah yang terpanjang di dalam Al Quran banyak menceritakan tentang sifat-sifat Yahudi. Kita pun kenalah tahu apakah masalah mereka. Kita kena faham yang Allah bukan marah ‘bangsa Yahudi’, tapi ‘sifat Yahudi’.

Yang tidak boleh diikuti adalah perangai mereka. Orang Muslim pun boleh jadi ada perangai macam itu. Mereka tak pernah bersyukur. Orang muslim pun ramai tak bersyukur. Yahudi sembunyi kebenaran tentang Nabi Muhammad sebab ada disebut dalam kitab Taurat. Begitu juga orang muslim yang tahu kebenaran tapi buat juga seperti rasuah.

Ayat 30: ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Jadi dalam surah ini diceritakan bagaimana seorang khalifah sepatutnya berakhlak untuk ke syurga.

Dalam surah ini ada diberikan jenis jenis manusia iaitu mukmin, kafir dan munafik. Ayat 1-5 Surah Al-Baqarah menerangkan beberapa golongan yang diberi nikmat. Mereka orang beriman yang yakin dengan benda yang ghaib macam mana sakaratulmaut, syurga neraka. 

Kita tak pernah tengok semua itu tapi kita yakin ada Allah, ada malaikat kanan kiri. Khusuk dalam solat kerana rasa Allah ada, malaikat ada dikiri kanan. Rezeki Allah yang bagi dan jika lebih akan disedekah dan infak. Beriman dengan Al Quran dan kitab. Akhirnya yakin adanya hari akhirat. Mereka lah orang orang yang berjaya dalam hidup.

Ayat 6 dan 7 adalah tentang golongan yang dimurkai, iaitu golongan kafir Musyrikin dan Yahudi.

Ayat 8 – 20 tentang golongan munafikin. Orang munafik adalah golongan paling bahaya. Hati cakap lain mulut cakap lain. Mereka solat tapi balik solat, mereka jadi fasik. Apa dia fasik? Depan orang lain, belakang lain. Munafik ada 2 jenis iaitu munafik akidah iaitu mereka bukan muslimin tapi berpura pura menjadi seorang muslim. Orang munafik buatan lebih kurang dengan orang fasik yang bila janji akan mungkir, bila cakap akan bohong, suka khianat amanah dll.

Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Ustazah berkali kali menekankan betapa pentingnya untuk kita memahami kandungan Al Quran supaya kita mendapat ilmu tauhid, ibadah, akhlak, hari kiamat dan sejarah yang terkandung di dalamnya. 


Saya benar benar kekeringan idea hari ini nak masak apa untuk hidangan makan malam. Selain itu, saya rasa kurang sihat dan kurang selera makan. 

Tiba tiba dapat idea untuk menyediakan nasi lemak. Kalau nasi lemak saya memang ringkas jer. Yang wajib ada, sambal ikan bilis, telur rebus atau telur mata dan timun. Itu jer. Yang lain lain tu, kalau ada pun OK. Tak ada pun OK. 

Tapi untuk makan malam, saya goreng ikan bilis dan panaskan sambal tumis udang dan sambal ikan sardin yang masih ada dalam peti ais. Alhamdulillah walaupun masak satu lauk tapi bila makan, banyak juga lauk yang terhidang. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
50 gram ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
50 gram gula Melaka
1 helai daun pandan
½ -1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula - bergantung pada kepedasan cili
1 cawan minyak

Bahan kisar:
4 sudu besar cili kering kisar
10 -12 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan ikan bilis sekadar bawang layu. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan terbit minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk pastikan cili benar benar masak.

Masukkan daun pandan dan gula Melaka. Kacau sehingga terbit minyak.


Masukkan bawang dan ikan bilis goreng tadi.


Masukkan asam keping, garam dan gula. Nota: jika buat dalam kuantiti yang banyak, boleh masukkan sedikit cuka untuk sambal tahan lama.

Setelah sebati, boleh tutup api. Sedia untuk dinikmati.




Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak"