Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cili Kering Yang Legend dan Doa Hari Arafah



Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa pada hari Arafah ini. Mari lah kita sama-sama ambil peluang untuk turut berdoa memohon kebaikan di dunia dan akhirat kepada Allah SWT pada hari dan waktu mustajab doa ini.  "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah ” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Antara doa-doa yang boleh dibacakan  ialah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.


2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami


3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).


4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.


6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku


8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.


13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.


15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.


18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.


28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.


31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.




Saya dah lama tak buat nasi goreng legend yang sangat sedap ini. Sebab dah lama buat, bila makan, Masya Allah sedap sangat sangat. Saya yang selama ini dah tak berapa berselera makan, terus makan dengan menambah nambah.

Saya pasti ramai pernah makan nasi goreng legend ini. Kalau ada pun, anak anak muda yang mungkin tak pernah merasa. Jadi kalau ada yang nak merasai keenakannya, boleh ikut resipi yang saya kongsikan di bawah dengan anggaran sukatannya sekali. Tak perlu sayuran pun kalau nak kan nasi goreng yang nostalgia seperti zaman dulu dulu.   

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Nasi Goreng Cili Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
335 gram nasi
1 sudu besar ikan bilis
1 biji telur
¼ sudu besar garam
Sedikit aji

Bahan tumbuk:
4 tangkai cili kering - rebus
4 biji bawang merah
1-2 ulas bawang putih

Cara cara:
Rebus atau rendam air panas cili kering sehingga sedikit lembut.

Tumbuk semua bahan tumbuk kasar kasar sahaja. Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar.


Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan garam dan serbuk perasa.

Ketepikan bahan tumis dan masukkan telur. Setelah telur separuh masak, kacau rata.

Masukkan nasi dan besarkan api. Kacau rata sehingga nasi berwap dan melompat lompat. Boleh angkat.



Catat Ulasan for "Nasi Goreng Cili Kering Yang Legend dan Doa Hari Arafah"