Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Kuning Nasi Berlauk Kelantan Yang Sedap



Saya belajar sesuatu dari Kuliah Zoom Ustazah Dato Dr Fatma Elzahra yang selama ini dibuat oleh masyarakat Islam di negara kita yang lebih kepada adat. Sebenarnya banyak kali ustaz ustazah mengajar sebagai contoh bab bila mendengar berita kematian. Kita sepatutnya baca doa dan bukan sedekah Al Fatihah. Bila dengar kematian, ucap Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali." Dan baca doa, Allaahummaghfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha (untuk jenazah wanita). Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu (untuk jenazah lelaki).

Tapi masih ramai mempersoalkan apa salahnya sedekah Al Fatihah. Bila meninggal seorang anak Adam yang mengikut hanyalah 3 perkara iaitu amalan, sedekah jariah dan doa anak yang soleh. Yang dapat pahala bila kita baca surah Al Fatihah adalah kita sendiri, si pembaca. Hadiah Al Fatihah pada orang mati adalah salah. 

Satu lagi yang saya dengar dari ustazah hari ini ialah jangan buka jenazah untuk bagi orang tengok. Cukup sekadar anak anak dan saudara terdekat sahaja. Kena hormat jenazah kerana jenazah dah jadi milik Allah. Bila buka bagi orang tengok boleh mengundang komen yang boleh menimbulkan syak pada jenazah. Orang meninggal kerana darah tinggi, jadi muka biru tapi dikatakan sebab dosa. Ada yang komen kata jenazah seperti senyum kerana banyak pahala dsb. Tak perlu semua itu.

Lagi satu pesan ustazah ialah bila orang sedang nazak dan dia nampak malaikat. Jangan bising dan tinggi suara dengan membaca Yassin, bercakap cakap dsb. Jangan baca Yassin ganggu dia apa lagi kalau bacaan tak betul. Duduk diam diam dan jangan lebih dari 3 orang pada satu satu masa. Tak perlu tunggu ramai ramai. Saat paling sukar ialah saat menghadapi sakaratul maut. Orang yang sedang nazak kena tenang.

Surah Yasin baca masa orang sakit berat yang bukan nazak. Kalau dia insaf sebelum mati, boleh minta maaf.  Bila nazak, jangan baca yassin. Yang dapat pahala ialah orang yang baca. 

Banyak perkara adat yang telah diperbetulkan amalannya, antaranya ialah baca surah Yassin malam Jumaat, sedangkan yang dituntut ialah membaca surah Al Kahfi. Begitu juga dengan talkin dan tahlil. Dah ramai yang tidak lagi membaca talkin dan tidak membuat tahlil selepas berlaku kematian ahli keluarga. Ini semua adalah adat yang tidak ada nas dan tidak berlaku di zaman Rasulullah dan para sahabat.  Setakat ini sahaja, semoga bermanafaat.


Masya Allah sedap sangat lauk gulai kuning nasi berlauk ini. Semakin lama semakin sedap. Walaupun kebiasaannya saya menggunakan ikan rebus tapi kali ini, saya menggunakan ikan yang dilumur dengan garam sahaja. 

Lauk ini tak perlu makan dengan banyak lauk. Nanti akan hilang rasa dan kenikmatannya. Hanya makan dengan nasi putih dan sambal sahaja. Nak lagi sedap aromanya, bungkuskan sekejap sebelum dimakan. Haa baru rasa macam ori nasi berlauk Kelantan. 

Alhamdulillah sedap sangat lauk ini ditekak saya yang sentiasa merindui masakan di negeri kelahiran saya Cik Siti Wan Kembang. Alhamdulillah kerana cucu saya Ammar Yahya pun suka lauk ini. Lauk ini tidak pedas, pada yang suka pedas, boleh lebihkan cili hidup. Cili kering sekadar untuk menaikkan warna kuah sahaja. Bukan untuk pedas. Itu sebab ianya dimakan dengan sambal. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Gulai Kuning Nasi Berlauk Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 ekor ikan kembung
1 mangkuk santan segar
1 batang timun
3-4 biji lada solok 
1 keping asam keping
½ sudu kecil gara
½ sudu besar gula

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
1 keping asam keping
½ sudu besar cili kering kisar - sekadar untuk warna
1 inci kunyit hidup
2 ibu jari lengkuas

Cara cara:
Masak bahan kisar, santan, asam keping, gula dan garam ke dalam periuk dan sambil dikacau rata.

Setelah hampir mendidih, masukkan ikan, timun dan cili solok. Sesuaikan rasa.


Nota:
Lumur ikan dengan sedikit garam sementara kita menyediakan bahan bahan lain.


Catat Ulasan for "Gulai Kuning Nasi Berlauk Kelantan Yang Sedap "