Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Singgang Kelantan Dan Amalan Bulan Zulhijjah



Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari kuliah Ustazah Dato Dr Fatma Elzahraa di facebook live berkenaan kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Ianya adalah lebih baik dari bulan Ramadhan, lebih baik dari orang yang berjihad yang balik dengan selamat. Amalan soleh di sisi Allah dalam 10 hari pertama zulhijjah. 

Ya Allah, mudah mudahan engkau redha terhadap aku. Mereka yang balik dari mengerjakan Haji yang diterima, akan menjadi seperti suci seperti seorang bayi yang baru lahir. Manakala kita yang tak pergi Haji, cuba buat yang terbaik untuk 10 hari ini. Mudahan aku juga seperti orang baru lahir yang tak ada dosa. Ibadah Haji adalah untuk orang yang mampu pergi. Manakala yang tak pergi Haji pula, kita buat amalan soleh terbaik di sisi Allah iaitu 10 hari pertama Zulhijjah.

Kalau lailatul qadr, kita tak tahu bila ianya berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan. Jadinya kena buat tiap malam. Tapi amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini kita tahu. Setiap hari selama 10 hari. Ada yang dengar dan tahu kelebihannya tapi masih ramai yang tak buat apa yang patut dibuat. Nabi bersabda rebut lah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Jangan percaya dunia. Mati boleh berlaku bila bila masa sahaja. Tanpa dicepat dan dilewat walaupun sesaat. Kalau sihat jangan tunggu sakit. Sakit boleh berlaku pada setiap peringkat umur. Kalau kaya jangan tunggu miskin. Sedekahlah dari sekarang.

Ada masa lapang, jangan tunggu sibuk. Jangan ditipu dengan syaitan dan hawa nafsu. Hawa nafsu suka enjoy naik gunung, makan angin. Kena reasonable. Ada sedikit hamba yang bersyukur. How to bersyukur aku bukan cipta kamu bukan untuk main main tapi untuk kamu buat ibadah. Tanya diri kita, apakah kesibukan kita itu adalah satu ibadah? Jika tidak, kena stop. Akhir sekali, buatlah selagi hidup dan sebelum datangnya mati. 

Allah Maha Pemurah dan Pengasih telah memberi kita satu lagi peluang 10 hari pertama Zulhijjah. Jom sama sama buat jadual untuk apa yang nak dilakukan mulai hari Selasa depan 20 Jun 2023 sehingga 28 Jun 2023. 

Pertama, perbanyakkan taubat nasuha. Menyesali dosa, berazam untuk tidak mengulangi dosa. Menangis memohon keampunan. Perbanyakkan beristighfar. Orang beriman juga kena bertaubat kerana mungkin ada waktu solat kita tidak kusyuk, ada hari kita tidak sempat mengaji Al Quran. Sesungguhnya Allah suka orang yang taubat dan orang yang suci. Allah berfirman, apa saja dosa aku boleh ampun, cepat balik pada Tuhan. Semua orang ada dosa.

Kedua, jaga akhlak kita sepanjang tempoh ini. Jangan marah marah atau menimbulkan apa apa salah faham. Mohon maaf walaupun kita rasa kita tak ada buat salah. Kalau tak boleh secara berdepan, boleh hantar melalui Whatsapp dsb. Tak halal tak cakap lebih dari 3 hari. Yang terbaik adalah yang bagi salam dulu. 

Ketiga, jika kita ada berbuat zalim pada orang kena pulangkan atau bayar. Allah tak suka orang zalim. Doa orang teraniaya pasti sampai pada Allah. Allah tak tolak doa mereka. Kena minta maaf.

Ke4, ialah berbuat baik dengan ibubapa. Jangan cakap kasar dengan mereka. Jangan. bercakap dengan  suara tinggi. Jangan komen yang dia sakit hati.

Ke5, lakukan solat tepat pada waktu. Kalau boleh ambil wudhu sebelum azan. Jangan berlengah. Iktikaf di rumah. Tak payah lah keluar makan dengan kawan kawan atau pergi bercuti. Rugi kerana tak dapat melakukan amalan soleh. Kena pastikan tujuan itu ada unsur amalan soleh ke tak. 

Ke6, berpuasa sunat selama 9 hari pertama Zulhijjah. Kalau tak mampu, cuba juga berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana Allah menjanjikan keampunan dosa selama 2 tahun iaitu tahun sebelum dan selepas. 

Ke7 memperbanyakkan sedekah. Kalau boleh sedekah setiap hari. Kalau tak mampu sedekah dengan duit, sedekah dengan jumpa orang berikan senyuman atau berkata yang baik baik, juga dikira sedekah. 

Ke8, beri makan pada orang yang berpuasa. Boleh juga dihantar ke masjid atau pada jiran jiran. 

Ke9, mengaji Al Quran setiap hari. Kalau boleh, cuba khatam dalam 10 hari Zulhijjah. Buat setiap lepas solat. Amalan kita ikut niat. Jadi mulai sekarang, niat untuk khatam dalam 10 hari Zulhijjah

Ke10, bangun untuk melakukan qiamullail. Banyakkan solat, mengaji istighfar dan doa. Bangun pukul 4.30 pagi dan terus duduk sehingga selepas Subuh untuk solat Israk dan solat Dhuha. Jangan sesekali meninggalkan solat sunat Dhuha. 

Ke11, lakukan solat sunat Nawafil sebanyak 12 rakaat setiap hari dari solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat selepas Isyak. Allah akan bina istana di syurga. 

Ke12, perbanyakkan istighfar dengan zikir yang paling afhdal ialah Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat, wal mu’minina wal mu’minat, al ahyaa-I minhum wal amwat..

Ke13, berikan kegembiraan pada orang lain dengan memberi barangan dsb. Allah will make you happy.

Ke14 ialah melakukan ibadah Korban, sunnah muakad untuk orang yang mampu. Pilih binatang korban yang terbaik dan paling mahal jika mampu.

Ke15, melakukan dakwah dengan menulis atau menyebarkan ilmu ilmu agama. Kita akan mendapat pahala. Bila kita menyuruh orang berbuat baik, kita juga akan dapat pahala dari perbuatan baik yang mereka lakukan. 

Hari Arafah adalah hari paling teruk dengan mereka datang dengan susah payah. Kita di sini kena berbanyakkan berzikir. Zikir banyak banyak untuk ingatkan Allah. Hadis ada menyebut, kalau hamba ku dok puji aku dengan zikir yang banyak banyak hingga dia tidak sempat berdoa, Aku akan bagi lebih dari mereka yang berdoa. Zikir yang terbaik di Hari Arafah ialah "Laa ilaha illallahu, wahdahu laa sharika laah, lahulmulku wa lahulhamdu, yuhyi wayumitt, wa Huwa 'ala kulli sha'in Qadir"

Kita dah tahu apa yang perlu dibuat, jadi elok lah kita membuat jadual supaya tidak tertinggal. Ada orang langsung tak kisah. Siap boleh pergi di negara orang kafir pulak. Sepatutnya tempoh ini tak pergi ke mana mana. Kerana ini adalah hari raya yang besar. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat dan kongsikan untuk kita sama sama mendapat pahala perkongsian ilmu.


Sementara tidak lama lagi, kita umat Islam akan menyambut hari raya Korban, dan kita akan dapat daging sembelihan korban yang segar, bolehlah kita sama sama memasak daging singgang atau tulang singgang. Bila menggunakan daging korban, lagi sedap kerana rasa dagingnya yang manis. 

Kalau di rumah kakak saya, memang pagi hari korban, kami akan memasak daging goreng kunyit dan memasak singgang tulang. Habis selesai semua urusan korban, dah boleh sama sama makan daging korban yang segar.

Jom kita lihat resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba.....


Singgang Daging Kelantan
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan A:
½ kg daging - hiris nipis
1½ inci lengkuas - hiris panjang
1 inci halia- hiris panjang
1 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar 
3 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji bawang merah - hiris
3 tangkai lada kering - tumbuk kasar 
Sedikit belacan

Bahan B:
3 keping asam keping
Garam 
Gula/gula Melaka
Serbuk perasa dan budu - jika suka

Cara-cara :
Satukan semua bahan A dan masak atas dapur tanpa air sehingga air daging keluar. 


Masukkan air secukupnya. Rebus sehingga daging empuk.

Masukkan bahan B. Sesuaikan rasa dan bila daging betul betul empuk, tutup api. 


Nota:
Garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging menjadi liat.



Catat Ulasan for "Daging Singgang Kelantan Dan Amalan Bulan Zulhijjah"