Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Udang Untuk Anak Anak di Cuti Hari Wesak

 

Rutin harian kami sejak pembukaan kiosk perniagaan Hot & Roll kami di Tropicana Garden Mall, Kota Damansara sedikit berubah. Tiap malam kami akan ke sana untuk semakan account closing lebih lebih lagi di bulan pertama untuk memastikan kelancaran sistem dan akaun. 

Pengalaman ini sangat berharga untuk kami mempelajari selok belok perniagaan. Tidak seperti perniagaan online yang lebih simple sistemnya kerana pembayaran tidak melibatkan fizikal cash. Alhamdulillah kami bersyukur kerana diberikan segala kemudahan dan semuanya berjalan dengan lancar.  

Doakan agar perniagaan kami berjaya dengan cemerlang. Saya pun tidak pasti berapa lama untuk ber blog. Bukan apa, kadang kadang ada juga frust bila ramai yang membaca tanpa sudi untuk like, komen pun untuk pos saya di Instagram dan facebook. Apalagi untuk membantu klik iklan yang keluar di blog. Jadi seolah syok sendiri, bercakap sendiri pulak tanpa ada yang respon.

Bagi blogger sepenuh masa seperti saya sekarang ini, pastinya kerjasama anda memberikan sedikit motivasi untuk terus update blog dan video di Azie Kitchen Youtube Channel. Memang jadi sangat berat untuk update blog walaupun draft yang menunggu untuk di pos beratus ratus. 

Untuk update blog dan youtube channel, memerlukan effort dan memakan masa yang agak lama. Untuk record video, edit video semuanya kadang memakan masa setengah hari juga. Jadi harap anda terus memberikan sokongan kepada saya dan blog serta Instagram/facebook Azie Kitchen. Sehingga satu hari saya akan umumkan bersara dari bidang ini. Mudah mudahan saya akan terus berkongsi resipi di blog ini.


Sambal tumis udang saya hari ini, saya kupas kulit dan ditinggalkan ekor nya sahaja. Bila Nana nampak, dia bertanya kenapa mama buang kulit. Kata Nana lagi, sambal udang lebih sedap jika ada kulit, akan lebih rasa manisnya. Lain kali, jangan buang kulit. Hahaha

Saya sebenarnya memasak ikut mood. Saja nak buat kelainan hari ini, jadi itu yang saya kupas kulit udang. Arwah mak mertua saya dulu, bila memasak sambal udang, memang akan kupas kulit untuk memudahkan ketika makan. Tak perlu nak kupas kulit lagi. 

Tapi kalau saya, memang tidak lah. Dah lah masa memasak terhad, balik rumah nak rehat dan bermain dengan anak anak lagi. Serious masa anak anak kecil, memang saya jarang ke dapur. Kalau memasak pun agak seminggu sekali. Yang lain semua dibuat oleh pembantu rumah. Saya dan suami banyak makan di luar sebelum balik ke rumah.

Saya ada terbaca dalam tiktok yang ibu ibu mertua jangan cerewet sangat. Jangan nak menyuruh menyuruh menantu memasak, mengemas rumah dan menggosok baju suami dsb. Alhamdulillah kerana saya melihat bagaimana arwah Bonda saya, seorang mertua yang tidak mengharapkan apa apa dari menantu.

Menantu bukan pembantu rumah lebih lebih lagi menantu yang berpelajaran tinggi, berkerjaya bagus dan bergaji tinggi. Asal dia jaga anak cucu kita, dah cukup. Jangan lah mengumpat mengata anak orang konon tak pandai memasak dsb. Anak sendiri pun, belum tentu sempurna.

Menantu bukan macam awak yang jadi suri rumah dan menunggu suami bawa balik duit. Betul tak? Harap di zaman ini, tak ada lagi mak mertua yang cerewet seperti ini. Campurtangan mertua yang akan membawa kepada masalah keruntuhan rumahtangga dan perceraian. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 


Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram udang
4 sudu besar cili kisar - jenis cili pedas dan kurang pedas
½ biji bawang Holland - opsyenal
3 sudu besar sos cili
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
½ sudu kecil pes asam jawa
¾ cawan minyak masak

Bahan kisar:
2-3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

Cara cara:
Siang udang dengan dibuang kulit kecuali bahagian ekor. Belah belakang, jika suka.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga benar benar masak dan terbit minyak. Nota: masukkan air sedikit demi sedikit dan tumis sehingga terbit minyak berulang kali.

Masukkan sos cili dan kacau rata. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sambal terbit minyak.

Akhir sekali, masukkan udang, besarkan api dan kacau rata. Nota: udang akan mengeluarkan air. Jika kelihatan kering, baru tambah sedikit air panas.


Jika suka, boleh masukkan bawang besar hiris dan kacau rata sehingga layu. Tutup api kerana udang akan liat jika dimasak terlalu lama.



Catat Ulasan for "Sambal Udang Untuk Anak Anak di Cuti Hari Wesak "