Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tempe Ikan Bilis



Hari ini hari cuti sempena Hari Wesak, jadi semua anak anak dan menantu saya ada di rumah. Tapi saya tetap berpuasa kerana ingin segera menghabiskan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Saya terlihat satu video dari seorang ustaz di mana dikongsikan kalau kita mahu mengetahui samada amalan semasa di bulan Ramadhan baru baru ini di terima Allah. Apa tanda kita nak tahu ibadah kita diterima. Mudah sahaja kerana kebaikan kita akan melahirkan kebaikan yang baru. 

Siapa berjaya puasa 6 dalam bulan Syawal tahun ini, menunjukkan Ramadhan kita lulus dan diterima. Bagi yang tidak puasa 6, bukan bermakna amalan tidak diterima langsung tapi tidak mendapat ijazah kepujian kelas pertama. Kita tak mahu lagi sekadar lulus dan dapat ijazah tapi nak KPI kita ialah untuk mendapat kepujian kelas pertama. 

Walaupun puasa 6 hari dalam bulan Syawal adalah sunat, tak wajib tapi ianya hanya boleh dilakukan oleh orang yang level tinggi. Jadi tanya diri kita sendiri, kita nak sekadar lulus atau lulus dengan cemerlang. OK setakat ini dahulu.


Resipi ini saya belajar awal tahun 2000 dari rakan sekerja saya yang membawa bekal ke pejabat untuk sarapan pagi. Sambal itu dimakan dengan roti ala ala sandwich gitu. Sejak itu, saya kerap menyediakannya untuk dimakan samada dengan nasi atau roti. 

Lauk begini memang tidak menjemukan. Makan dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Saya makan menambah sehingga 3 kali masa berbuka puasa tadi kerana terasa sedap sangat. Saya memang makan nasi agak kering. Sambal tempe ini digaul gaul dengan nasi putih panas panas pun dah cukup.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Sambal Tempe. Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 keping tempe
1 genggam ikan bilis
1-2 sudu besar cili kering kisar
4 biji bawang merah - tumbuk
Garam
½ sudu besar gula
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Goreng. pula ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis atas api perlahan sehingga cili masak dan garing. 

Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau rata dan tutup api. Biarkan sehingga sambal sejuk.

Setelah sambal sejuk, masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Sedap juga dimakan dengan roti.   




Catat Ulasan for "Sambal Tempe Ikan Bilis"