Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Jawa Untuk Hidangan Berbuka



Sebenarnya walaupun kita telah berada dalam bulan Syawal tapi selera makan kita belum lagi kembali seperti biasa. Maksudnya tak ada pun rasa lapar untuk sarapan pagi. Jadi walaupun hari ini cuti hari wesak, saya tetap berpuasa. Alang alang selera makan belum ada kan.

Bila berpuasa, baru lah fikir apa nak dimasak untuk berbuka. Tadi ingatkan malam nanti selepas berbuka, nak ke KLIA ambil Boy yang akan balik dari London. Jadi bolehlah makan di sana atau mana mana RnR.

Dapat pulak news, flight Boy dari London delayed selama 2 jam menyebabkan Boy ketinggalan flight dari Doha ke Kuala Lumpur. Dia terpaksa tunggu flight selepas ini selama 17 jam. Dari Doha, Boy akan mengambil penerbangan MAS.

Hahaha anak anak saya semua kata MAS tak best. Tempat duduk sempit, makanan tak sedap. Sehingga mereka siap cakap, kalau mama naik MAS, kita orang naik Qatar dan kita jumpa di London jer. 

Saya sebenarnya suka MAS sebab direct flight. Tak ada lah risiko tertinggal kapalterbang dsb. Hmm terfikir juga, masa balik dari London baru baru ini, kaki saya bengkak mungkin kerana tertidur lama. Kata Nana bahaya kalau bengkak kerana dikuatiri saluran darah di kaki tersekat.


Bila tak jadi ke airport, saya mula masuk ke dapur untuk menyediakan hidangan saya untuk berbuka nanti. Teringatkan sambal jawa yang saya nampak di tiktok hari tu. Nampak macam menarik. Maka jadilah sambal jawa saya hari ini.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Saya ada sediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Sambal Jawa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan goreng:
1 keping tempe
1 keping tauhu
1 biji ubi kentang

Bahan tumis: hiris
3-4 ulas bawang putih
3-4 biji bawang merah
2 sudu besar ikan bilis
1-2 biji cili merah
Sedikit belacan

Bahan lain:
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
½ kotak santan
Suhun - rendam
Fucuk - rendam
Kacang panjang/kacang buncis

Cara cara:
Goreng bahan goreng secara berasingan sehingga keperangan dan garing. Angkat dan ketepikan.



Menggunakan minyak sama, tumis bahan tumis yang dihiris sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan tumis sampai cili masak. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.

Masukkan santan kotak dan sedikit air.

Masukkan bahan yang telah digoreng dan kacau rata.


Masukkan suhun dan fucuk. Masukkan air jika terlalu kering. Akhir sekali, masukkan kacang buncis.


Selain dimakan dengan nasi, sambal jawa juga sedap dimakan dengan nasi impit.

Nota:
Jika belum cukup masin, tambahkan kicap secukupnya.



Catat Ulasan for "Sambal Jawa Untuk Hidangan Berbuka"