Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis, Tempe dan Kentang Belado



Tidak lama lagi orang Islam yang terpilih akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji.  Alhamdulillah kami telah pun diberi peluang mengerjakannya pada Disember 2006. Saya gembira sangat kerana sahabat kami, yang pergi sama sama tahun tersebut telah dijemput mengerjakan Haji kali kedua pada tahun ini. Beliau akan pergi bersama anak anak dan menantu. Best nyer jika dapat peluang begitu. 

Semasa kami dulu, handphone tidak ramai yang guna. Tiada Whatsapp masa tu, nak call mahal dan mesej sahaja yang lebih ekonomical.  Saya ada handphone juga tapi dalam kebanyakan masa tinggal di hotel kerana tidak boleh bawa masuk ke masjid. 

Hanya sekarang baru tahu yang kami dulu pergi dengan penerbangan yang sama iaitu KT70, cuma berbeza agensi dan pakej. Kami tidak berhubung sepanjang di sana sehingga temujanji untuk bertemu di Madinah. Kami kemudian pergi ke pasar Kurma bersama sama. 

Bayangkan jika kami naik penerbangan sama zaman sekarang dengan adanya smart phone. Pasti bermesej mesej dan bergambar kan. Ada juga kemanisannya suasana zaman dulu. 


Saya memang suka lauk simple seperti sambal belado. Lagi pulak, lauk ini selain senang dimasak, juga boleh dipelbagaikan bahan lauknya. Boleh guna ayam, daging, terung, kentang, ikan bilis dan macam macam lagi. 

Sekarang dah tak suka sangat makan lauk berempah rempah, makan yang simple simple sahaja. Makan dengan nasi putih panas panas dan gaul gaul sambal tersebut. Dah cukup buat saya. Tak ada kuah pun tak apa.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....


Sambal Ikan Bilis, Tempe dan Kentang Belado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 genggam ikan bilis
1 biji ubi kentang
1 keping tempe
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Minyak masak secukupnya

Bahan Berlado:
4 biji cili merah
2 biji cili padi - jika suka pedas
4 biji bawang merah
½ biji buah tomato saiz kecil - atau asam keping

Cara cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan. Goreng pula tempe angkat dan ketepikan. Akhir sekali goreng ubi kentang, angkat dan ketepikan.

Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar kasar sehingga naik minyak. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. 


Masukkan tempe dan ubi kentang goreng. Kacau rata dan tutup api. 


Biarkan sambal sejuk seketika sebelum dimasukkan ikan bilis. Sedia untuk dihidangkan.






Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis, Tempe dan Kentang Belado"