Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Kering



Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah zoom Ustaz Firdaus Subhi berkenaan sifat sabar dan benar. Kita pasti sentiasa diuji dengan rasa ketakutan dan kelaparan, kekurangan harta serta kekurangan jiwa. Ujian untuk mengetahui kasih sayang Allah. 


Hadis oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah menyebut satu perkara mengaggum kepada orang beriman ialah segala yang berlaku membawa kebaikan pada mereka. Bila ditimpa kesenangan, akan bersyukur, bila ditimpa dengan kesusahan, akan sabar dan baginya kebaikan diperolehi di sisi Allah. Latih diri kita untuk jadi insan bersabar kerana kelebihan yang begitu banyak.  


Bab sabar disebut dalam 103 kalimah dalam Al Quran. 4 perkara dibicara oleh para ulamak dalam bab sabar. Yang pertama, sabar dengan ujian Allah. Tak ada orang yang akan terlepas. Manusia diuji dengan kemiskinan, gangguan dari syaitan seperti was was, diuji dengan kematian ahli keluarga, menguji dengan kesakitan.  Berita gembira untuk mereka yang bersabar. Bersabar di saat kamu mula mula ditimpa musibah kerana ada pahala besar. Maksudnya kena terus sabar, kita tak boleh mengeluh kesah kemudian baru nak bersabar.


Kedua, sabar dengan nikmat yang Allah berikan. Jangan guna untuk perkara yang dilarang Allah. Hilang perasaan sombong. Kena ingat bahawa nikmat dan kekayaan yang diperolehi bukan hasil usaha kita seperti berlaku pada Qarun dan Firaun. Tapi ianya adalah dari Allah.


Ketiga sabar semasa hadapi maksiat. Manusia tidak mungkin lari dari melakukan dosa. Rasulullah sebut setiap anak Adam akan melakukan dosa dihadapan Allah. Sebaik baiknya ialah mereka yang bertaubat. Sabar dan meninggalkan dosa. 


Keempat sabar dalam menghadapi perintah Allah. Untuk solat adalah kewajipan, untuk menunaikan Haji, berpuasa, zakat. Laksanakan sebagai seorang hamba Allah. Ianya perintah yang wajib dilaksanakan. 


Kelebihan bagi orang bersabar sangat banyak. Pertama disebut dalam surah Az zumar ayat 10  adapun orang beraabar akan disempurnakan pahala tanpa dapat dihitung ganjarannya dari Allah. 


Kedua, menyebut surah Ali Imran ayat 146 nak raih cinta Allah perlu pengorbanan iaitu sabar. Bila Allah sayang, pasti malaikat jibril akan mengarah seluruh makhluk di langit. 


Ketiga, janji syurga pada orang yang sabar. Hadis kisah wanita kulit hitam mendatangi Rasulullah dalam keadaan sakit. Jumpa Rasulullah dan minta untuk didoakan kerana hadapi penyakit diganggu sehingga dia membuka aurat tanpa sedar. Rasulullah berkata jika kamu mahu kamu bersabar dengan ujian berpanjangan, kamu akan dapat syurga. Atau aku doakan maka kamu akan sembuh. Wanita itu minta doakan agar ketika sakit aku tak buka aurat. 


Keempat surah al Anfal ayat 46 bersabar kerana Allah bersama orang yang sabar. Apa pun ucapan kita, Allah dengar kerana Allah bersama sama kita. 


Kelima, pemberian terbaik kepada orang bersabar. Rasulullah sebut tidak diberi seseorang diberi pemberian terbaik melainkan mampu bersabar dengan segala yang kita hadapi. Hadiah terbaik ialah bila kita mampu bersabar. 


Keenam, bila sabar kita dapat raih kelazatan iman. Jiwa menjadi tenang dan bahagia. Begitulah dengan meninggal perkara yang bawa dosa akan dapat menyucikan hati. Saat tinggalkan maksiat, ia berada pada kedudukan seumpama kotoran dibuang dari badan manisia itu sendiri. Hati akan bersih dan tenang dan terasa kebersamaan diri kita dengan Allah. Dan mampu lakukan ibadah dengan kusyuk. 


Ketujuh di dalam surah Al Baqarah ayat 156, Allah beri berita gembira pada orang sabar. Mereka akan sentiasa mendapat doa keampunan dari Allah. Kedua, Allah turunkan rahmah. Ketiga ialah mereka orang yang akan dapat panduan hidayah Allah. 


Sifat kedua selain dari sabar ialah benar iaitu bercakap benar. Tidak bohong. Terdapat 153 perkataan ini disebut dalam Al Quran. Maksud ialah kuat kukuh pada suatu itu. Kekal pada sesuatu dan tidak berubah. Di mana mana jer berada akan bercakap benar. Tetap pendirian pada perkara tersebut. Bertentangan dengan benar ialah perkara bohong. 


Dalam kehidupan orang beriman, surah At Taubah ayat 119 wahai orang beriman, bertaqwalah kamu pada Allah dan bersama sama dengan orang yang benar. Duduklah bersama orang yang sentiasa bercakap benar, buat benar bercakap benar. Elak duduk dengan orang yang suka bebrohong kerana kita boleh terjebak. Seseorang itu akan bersama agama sahabatnya. Duduk bersama dengan orang benar. Bercakap dengan perkataan baik. Hanya tiga perkara boleh berbohong iaitu perkataan yang kita faham lain tapi orang dengar faham maksud lain. Boleh bohong ketika perang. 


Kedua boleh bohong dalam mendamaikan pasangan suami isteri. Percreaian dibenar tapi dibenci Allah. Selagi boleh didamai maka perlu untuk dikekalkan perkahwinan tersebut. Pendamai boleh bohong seolah suami berkata baik pada isteri dan sebaliknya. Ketiga boleh bohong berdasakan perdamaian antara dua orang manusia juga untuk elak pertumpahan darah. 


Ya Rasulullah, manusia mana paling afdhal. Kata Rasulullah, mereka ialah manusia yang menpunyai hati yang bersih dan menjaga lidah sentiasa tidak berbohong. Inilah manusia paling afhdal. Kelebihan besar bercakap benar, adalah dapat meraih cinta Allah dan Rasulullah. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Saya memang penggemar lauk sambal ikan bili dan tempe kering ini. Sedap dimakan dengan nasi putih dan roti. Menyediakannya pun sangat mudah, bahan pun ringkas, jadi lebih jimat disediakan sendiri. Lagi pulak, lebih sedap dan kena dengan selera kita sendiri. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Sambal Tempe Ikan Bilis Kering
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 keping tempe - belah 2 dan hiris nipis
50 gram ikan bilis

Bahan kisar:
1 sudu besar cili kering kisar 
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah 

Bahan lain:
½ keping asam keping
Sedikit icap manis cap kipas udang - jika suka
Garam
Gula
Serbuk pati ikan bilis

Cara cara:
Hiris tempe nipis nipis dan goreng sedikit demi sedikit. Setelah garing, angkat dan ketepikan.


Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.


Tumis bahan kisar. Masukkan asam asam keping. Kicap manis (kipas udang).

Tutup api. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan sambal sejuk selama lebih kurang 15 -20 minit.


Masukkan tempe, ikan bilis dan cili kering. Masukkan gula dan serbuk pati ikan bilis. Kacau rata. 



Boleh simpan dalam bekas kedap udara.



Catat Ulasan for "Sambal Ikan Bilis Dan Tempe Kering"