Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Roti Pandan Kukus Yang Sedap



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semua sihat sihat sahaja. Haa sebelum kita mula, jangan lupa klik follow blog saya tau. Klik juga iklan yang keluar di bahagian atas blog saya. Terima kasih atas sokongan semua follower yang masih setia. 

Saya hari ini nak berkisah bab hubungan menantu dan mertua. Rasanya zaman sekarang dah tak ada kot, mertua yang suka masuk campur dalam urusan rumahtangga anak anak, terutamanya menantu perempuan. 

Menantu perempuan macam mana sekali pun tetap menantu. Bukan seperti anak sendiri yang kita boleh tegur dan “sound” begitu sahaja bila ada yang tak berkenan di hati. 

Jadi pentingnya untuk kita sebagai mertua untuk juga menjaga hati menantu. Jangan sesekali kita beranggapan menantu perempuan dok berhabiskan duit anak kita. Lagi lagi pulak, kalau menantu juga berkerjaya dan bergaji. 

Kena ingat, kita tidak selamanya muda. Ada masa kita mungkin memerlukan bantuan anak kita. Bila ini terjadi sokongan menantu perempuan adalah penting. Anak lelaki tidak boleh menjaga ibubapa tanpa bantuan isteri. Haa sekadar itu sahaja pesanan buat wanita bergelar mertua atau akan jadi mertua. 


Saya dah lama menggunakan resipi ini bila ada roti lebihan yang dah hampir tarikh luput. Senang kerana boleh dimakan begitu sahaja. Tak perlu nak menyediakan kuah kastard. 

Kebetulan Nana membawa balik 2 buku roti gardenia dari majlis akikah anak kawan mereka. Di rumah pun dah ada roti, jadi memang payah lah nak menghabiskan 3 roti dalam masa terdekat. Maka jadi lah puding roti pandan kukus yang sangat sedap an harum dengan aroma pandan ini. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....



Puding Roti Pandan Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
12 keping roti putih (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
2 ½ cawan air
1 kotak /200 ml santan kotak
2 biji telur
¾ cawan gula pasir
½ sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam

Cara-cara:
Panaskan periuk pengukus hingga air mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).

Bersihkan daun pandan, kerat kecil kecil dan kisar dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan secukupnya.

Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau rata untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan kisar sehingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.

Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.



Taburkan kismis sebagai hiasan. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.

Kukus selama 15 - 20 minit dengan api besar. Angkat dan sejukkan dalam peti ais. Sedap dimakan ketika sejuk.






Catat Ulasan for "Puding Roti Pandan Kukus Yang Sedap"