Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pembukaan Hot & Roll Di Tropicana Garden Mall Kota Damansara



Alhamdulillah hari ini hari ketiga Kiosk Hot & Roll kami di Tropicana Garden Mall (TGM), Kota Damansara telah beroperasi secara rasmi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Majlis pelancaran secara simple telah diadakan pada 29 April 2023 sebagai simbolik pembukaannya. Terima kasih kepada pihak management Hot & Roll yang telah sama sama membantu melancarkan majlis tersebut.


Alhamdulillah kerana pembukaannya bersempena dengan event Anime Fest yang diadakan selama 3 hari sehingga hari ini iaitu 1 Mei 2023. Jadi sales amat menggalakkan untuk kiosk yang baru beroperasi.



Hot & Roll dengan tagline Best Crepe since 2003 memang terkenal dan tak perlu untuk diperkenalkan lagi. Harga makanan di sini pun harga mampu milik untuk semua peringkat usia dan golongan. Sangat berbaloi baloi. 

Jadi apa lagi, siapa tinggal berdekatan dengan Kota Damansara, jom ke Tropicana Garden Mall dan cari kiosk kami yang terletak berhadapan dengan Restoran Kenny Rogers. Jumpa saya dan anak anak di sana. Mereka ikut membantu kerana customer ramai.

Harapan saya agar perniagaan saya dan anak menantu ini berjaya dan menjadi titik permulaan untuk mereka menceburi bidang perniagaan. Walaupun mereka berkelulusan dalam bidang professional dan berkerjaya bagus tapi tidak suka membuang masa dengan begitu sahaja. 

Jom follower Azie Kitchen, datanglah support perniagaan kami di Hot & Roll Tropicana Garden Mall. Di sini sahaja tau, yang lain lain cawangan bukan kami punya. Sebab ada yang bertanya berkenaan perkara ini. 



2 ulasan for "Pembukaan Hot & Roll Di Tropicana Garden Mall Kota Damansara"

  1. Tahniah Kak Azie & anak-anak. Mudah-mudahan beroleh kejayaan besar dan dipermudahkan segala urusan 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan atas doa dan ucapan

      Padam