Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Akok Kedut Kelantan



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat. Banyak open house sekarang kan. Makan kena pilih pilih demi untuk kesihatan. Jangan lupa juga klik iklan yang keluar di blog saya ini tau. Jangan lokek lokek. 

Saya sebenarnya jarang membeli barang dapur sendiri. Kalau beli pun dalam jumlah yang banyak, jadi terus bayar jer. Tapi minggu lepas saya ke Village Grocer seorang diri sementara menunggu Nana ke bank berdekatan. 

Masya Allah terkejut saya kerana saya hanya membeli beberapa barang yang tidak berharga mahal. Tapi bilnya RM112. Itu dia terperanjat juga. Biasa bayar RM400-500 tapi barang penuh troli. Jadi kita tak lah perasan sangat. 

Tinggi sungguh kos hidup sekarang ini. Hari tu macam lega juga bila nampak kerajaan sekarang macam bersungguh sungguh nak cuba mengatasi masalah ini sehingga PM memanggil Ketua Jabatan bermesyuarat pada hari minggu. Tak sempat nak tunggu hari Isnin. Tapi sekarang tak tahu apa programnya. Yang pasti kos barangan memang melambung tinggi seolah tiada kawalan. Mana pihak yang berkuasa dalam bab ini. 

Itu sebab zaman sahabat Rasulullah dulu, mereka tidak mahu menjadi pemimpin kerana amanah yang dipikul sangat berat. Kegagalan menjalankan tanggungjawab yang diamanah, memang berat hukumannya. 

Ya la hidup mati umpama kelipan mata sahaja. Jangan kira kita sihat, kita tak akan mati, kita muda kita tak akan mati. Sekadar peringatan buat saya dan kita semua terutama yang masih bekerja agar menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan amanah. 


Tiba tiba terasa nak makan kuih akok kedut. Hari ini saya dah meraikan hari raya puasa 6 hari bulan Syawal kan. Hahaha. Itu yang rasa nak makan kuih tradisional Kelantan ni. Kuih akok tradisional dibakar atas dapur arang dengan sabut kelapa. Memang ada aroma asap arang yang menjadikannya sangat unik.

Tapi di zaman moden dengan masa yang terhad ini, kita akan menggunakan apa sahaja gadjet yang ada untuk memudahkan kerja kita. Makanya hari ini, saya menggunakan trio cake maker untuk buat kuih akok.

Saya buat hanya separuh adunan kerana anak anak tidak suka sangat kuih tradisional. Separuh adunan pun dapat 14 biji. Boleh makan puas puas.

Resipi kali ini saya ubahsuai sedikit sebanyak untuk melihat hasilnya. Hasilnya biasa jer. Sedap jer. Bahan bahan semua sama yang membezakan adalah sukatan bahan sahaja.

Jom kita layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Kuih Akok Kedut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:
6 biji telur - 3 biji telur saiz sederhana
1 cawan santan - ½ cawan
3 sudu besar tepung gandum - 1 ½ 30 gram

Bahan B:
½ cawan air - ¼ cawan air
½ sudu teh garam - ¼ sudu kecil
2 keping gula melaka - 80 gram
1 sudu besar gula - 20 gram
1 daun pandan

Cara cara:
Satukan semua bahan B dan masak sekadar gula Melaka larut sahaja. Angkat dan sejukkan.

Satukan air gula Melaka dengan semua bahan A. Kisar sehingga sebati. Tuang dalam jug bermuncung untuk mudah dituang ke dalam acuan.

Panaskan acuan dan masukkan minyak. Setelah minyak panas, tuang adunan agak agak ¾ penuh sahaja. Jika suka garing, tambahkan masa membakar sehingga kuih sedikit keperangan.

Keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan.


Nota:

Suka di bahagian belakang adalah sukatan yang saya gunakan untuk separuh adunan.




Separuh adunan menghasilkan 14 biji kuih akok.

Catat Ulasan for "Kuih Akok Kedut Kelantan"